Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 30, 2009

CIKGU JOM KITA BERPOLITIK - SERTAI PR

Kini jelas kepada kita, UMNO sudah mula gelisah dengan keadaan parti tersebut. Dulu ianya dipimpin oleh kebanyakan guru-guru, kerana guru-guru tidak tahu menggunakan politik wang, guru-guru berpolitik demi agama, bangsa dan tanah ayor, serta kalangan guru pula tidak memikirkan pengisian poket. Tapi lama kelamaan, daya pemikiran manusia berubah, suasana mengisian kemerdekaan perlu di isi dengan agenda pembanguan negera, lantas yang demikian, sebuah negara yang sudah merdeka keperluan pembangunan amat mustaha.

Pembangunan bererti banyaklah pengaliran wang dalam negera dan ianya perlu dilaksanakan untuk kepentingan semasa. Pada masa ini dunia politik yang pada satu ketika, perjuangan untuk menuntuk kemerdekaan dengan menggunakan wang ringgit sendiri mula terhakis, kepimpinan politik di bahagian dan cawangan di monopoli oleh kalangan pendidik, setiap tahun para perwakilan yang ke perhimpunan agung akan di wakili oleh kalangan guru.

Berakhirnya era 70an dan masuk ke era 80an, sudah nampak titik hitam di mana kalangan pendidik sudah mula di lupakan, gulongan koperat mula mengisi tampok kepimpinan, di cawangan dan bahagian, walaupun pada ketika itu, urusan pentadbiran masih lagi di pimpin oleh kalangan pendidik. Akhirnya pada awal 90an hingga kini, wang telah menjadi perkara penting dalam menentukan pemilihan pemimpin, lantas yang demikan kalangan guru sudah pasti tidak mampu menyaingi gulongan ini.

Apakah sekadar guru C2 dengan gaji RM320 pada akhir 70an mampu untuk mengelabui mata duitan perwakilan. Sudah tentu ini satu perkara yang mustahil, lama kelamaan guru tidak diperlukan lagi, tambahan pula dalam " general order " menetapkan gulongan kumpulan A tidak dibenarkan berpolitik. Tapi gulongan bukan siswazah hanya untuk menjadi kuli batak dalam pengurusan parti - apakala pemilihan calon mereka yang berijazah yang dipilih. Tak kira sama ada mereka kalangan guru atau pun sebaliknya.

Kini sudah mula sedar, kerana ramai guru tidak lagi memihat kepada Hishamuddin, keegoaannya telah kelihatan, kaum guru tidak diberikan pertimbangan sewajarnya dalam perjuangan politik, malahan pihak kementerian sendiri sentiasa menidakkan setiap rayuan dan kelohan yang diutarakan oleh kalangan guru. Ahli koperat dah tak boleh diharpakan lagi, negera sudah mula dijual sedikit demi sedikit. Lantas yang demikian keluar ayat - benarkanlah guru-guru berpolitik. Sudah terantok baru tengadah. Guru-guru yang boleh berfikri semuanya dah menyertai PR, kebenaran yang diberikan memudahkan kerja kita nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA