Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 17, 2009

Kementerian Pelajaran - Kementerian yang bermasalah

Kementerian Pelajaran dulu di kenalai dengan Kementerian Pendidikan, kerana skop pendidikan itu lebih luas dan ianya merangkumi semua aspek penghidupan harian setiap individu manusia itu, dari lahir sampailah ke liang lahat, DSAI yang menukarkan dari Kementerian Pelajaran sebelumnya, di mana masa itu, pelajaran Pendidikan Jawi pun di mansuhkan jadi kini ramai anak-anak Melayu yang tidak pandai Menulis Jawi, ( tapi alhamdulillah semua muslimin dan muslimat masuk jawi dalam jangkawaktu seawal usia yang boleh ).

Jika di kaji, memang betul apakala ianya dikaitankan dengan pelajaran ianya tidak menekankan pembentukan gaya hidup seseorang, yang penting yang belajar untuk lulus peperiksaan, akhirnya lahirlah insan pandai, licik hanya untuk mengisi ruang hidup di dunia, tapi perangai, akhlak, pembentuak modal insan yang soloah langsung tidak ada, akhirnya, lahirlah manusia yang bijak dalam merompak bank, salah guna kuasa, rasuah, penipu. Contoh ketara bagaimana ramai lahirnya mat rempit, boh jan, boh sia mangsa AIDS, mengamal dadah sungguh menyedihkan. MELAYU yang ramai.

Atas Kesedaran semasa menjawat jawatan Menteri Pelajran DSAI - tukar dari Pelajaran kepada Pendidikan agar skop pengurusan pembangunan kemanusia lebih luas, menguasai dua alam, dunia dan akhirat. Tapi musah DSAI tidak berminat dalam hal ini Lantas dengan licik mereka menghapuskan kementerian ini apakala DSAI disumbat dalam penjara. Kini Kementerian yang diterajui oleh DS Hishamuddin berpatah balik ke Pelajaran, pengurusan pembangunan kemanusia lebih teruk. Tambahan latar belakang DS Hishamuddin sentiasa di pertikaikan, PPSMI menjadi senjata untuk membunuh anak bangsa.

Permasalahan demi masalah yang di dengar, apa yang menyedihkan permasalahan ini menjadi satu routin kepada PPD, Jabatan Pelajaran dan Kementerian. Contoh Kekurangan Guru - fenomena ini amat mendukacatakan. Pengistiharan kementerian ' body ' cukup tapi apakala penempatan tak di agih mengikut apa yang dilaporkan. Sebuah sekolah yang memerlukan sejumlah 17 orang guru - retan perjawatan di hantar setiap hujung tahun untuk tindakan PPD tapi awal tahun masih tak cukup juga. Apakah yang akan terhadi jika keperluan 17 orang guru dan yang ada cuma 13 sahaja. FIKIRLAH SENDIRI. Bagai Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Itu guru, kemudahan fizikal, masih ada sekolah yang tak cukup kelas, perlu pula ujud ' flooting class ' buninya sedap tapi iannya mengganggu pengurusan pengajaran guru. bilangan murid yang ' over load ' dalam satu kelas, kelas seluas 30m x 20m dibuatkan dengan 55 orang murid ( bilangan ini adalah tahap paling maksima ) cuba bayangkan bagaimana pergerakan selesa dapat di laksanakan.

Pada awal 2009, bagaimana diputuskan kutipan yuran hanya boleh dibuat pada April ke atas, kerana perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Agung PIBG. Apakah DS Hishamuddin tidak peka dengan perkembangan sekolah, aktiviti dan perancangan perlu di gerakan semenjak sekolah dibuka tapi kemampuan kewangan amat terhad. PPSMI - kini menjadi gelanggang saman menyaman antara badan bahasa dengan pihak kemeneian, tapi kenapa DS Hisyamuddin angkuh tidak langsung mau berunding dan bepakat antara satu dengan yang lain. Apakah kita akan menderkaha jika mengembalikan pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Ibunda? DS Hisyamuddin saja yang tau.

Sekolah bukan tempat uji kaji, kita lihat apa yang terjadi kepada KBSR, di mana KBSR sekarang?, sistem persekolahan, sekolah wawasan ( di boikot oleh MCA ), pengurusan dan murid-murid sekolah ini hanya di minati oleh UMNO dan MIC sahaja. Kesannya projek pengurusan sekolah ini tergendala.

Masyarakat perlu mengetahui sejauh mana kecemerlangan murid-murid UPSR tahun 6 2008 yang kini di tingakatan 1. apakah benar-benar mereka cemerlang dalam UPSR tempoh hari, mengapa desakan dari masyarakat untuk melihat sendiri markah yang diperolihi lansung tidak mendapat layanan dari pihak kementerian, apakah kementerian ada menyimpan rahsia disebalik kecemeralangan tersebut? Persoalan ini yang menghantui masyarakat atas pelaksanaan PPSMI tersebut.

Apa saja yang dilaksanakan oleh pihak DS Hisyamuddin ianya lebih mementingkan atau ada kaitan dengan keperluan politik semasa. kita sanggup menggadai masa depan generasi Melayu asalkan cita-cita politik tercapai.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA