Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 10, 2009

P.RAMLI DAH LAMA MEMPERLI UMNO

Tahniah dan syabas kepada media elektronik, terutama televesyen yang sentiasa menyiarkan filem-filem Tan Sri P. Ramli. Sepatutnya melalui tayangan tersebut dah ramai pencacai UMNO mengisi borang dan terus menyertai mana-mana parti dari Pakatan Rakyat.

Filem : Nujum Pak Belakang - bagaimana perompak-perompak mengagih-agihkan barangan rompakan mereka, ketidak percayaan antara ahli satu hal serta cara mendapatkan harta satu hal yang lain, seolah-seolah apa yang berlaku dalam filem ini ada kaitan dengan cara rompakan harta yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO ketika ini.

Filem : Pendekar Bujang Lapok, bagaimana Sudin bersama-sama Ramli din Aziz, mengeja satu perkataan dengan meyimpulkan ejaan tersebut Alif mim nun tendang wau jawapan sarkis, sedangkan apa yang dieja ialah UMNO, jadi sahlah kini UMNO dan kepimpinannya laksana badut-badut di sarkis.

Filem: Musang Berjanggut, bagaimana P. Ramli memperli kepimpinan UMNO dan pengamal undang-undang di Malaysia kini, mereka akan mengubahkan setiap perundangan jika ianya tidak memihak kepada UMNO: Bukankah tuan Memanda Nikah Kawin, dan sudah tentu ianya bersalah memasuki rumah seorang perempuan yang telah dinikai, jawab memanda saya yang mengubal undang-undang dan saya boleh ubah dan pinda undang-undang tersebut.

Ini lah yang berlaku semasa PAS mengambil alih Terengganu, royaliti minyak, perundangan diubah oleh Rais Yatim, isu pembentukan kerajaan Negeri Perak, sultan dipergunakan dan undang-undang tubuh Perak di ubahsuai untuk kepentingan UMNO.

Kepada pengikut dan peminat UMNO sedarlah kerana negara kita sedang dipimpin oleh mereka yang tak lebih dari badut-badut dalam sarkas, di manalah letaknya ketuanan melayu yang dilaung-laungkan?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA