Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 9, 2009

DULU BAG BERAT - KINI TAK BAWA BUKU

Kini pihak kementerian telah risau dan bingung dengan keranah dan budaya yang dibawah oleh pelajar-pelajar khusus di peringkat sekolah menegah, kenapa tidaknya, mereka telah membudayakan tidak membawa buku teks ke sekolah, sedangkan pihak sekolah rendah pula di bebankan dengan bag berat. Diman salah dan silapnya, kecoh-kecoh tak habis-habis dengan kementerian yang di pimpin oleh Ketua Pemuda UMNO ini.

Zaman telah berubah, sistem pengajaran dan pembelajaran banyak di kuasai oleh kuasa elekctronik, dengan adanya makmal komputer, dengan setiap individu mampu memilik komputer riba, dengan sistem pengejaran oleh guru disediakan dengan semua kemudahan, apakah perlu adanya lagi buku teks. Kalangan guru sudah dilatih dan di asuh dengan Hurai Sukatan Pelajaran di hujung jari, persediaan harian yang sentiasa 'up to date '.

P&P tidak ada lagi ayat arahan seperti ini: " murid-murid sila buka muka surat 30 dan baca potongan karangan tersebut " dizaman Cik gu Shaari dalam filem Masam-masam Manis pun tak bawa buku. Apatah lagi di zaman golkar ini.

Pihak KP perlu memikirkan, keperluan dan kemudahan yang perlu ada di setiap sekolah agar bebanan bag berat dan tak bawa buku teks ini dapat di atasi. Kemudahan seperti kabinate, rak-rak buku untuk pelajar tiada, sedengkan buku-buku ini diperlutkan setiap hari. Sekolah asrama penoh tidak timbul masalah ini, kerana kemudahan asas seperti yang dinyatakan disediakan, sekolah menengah harian tiada malahan terhadap juga keadaan fizikal perabut yang amat mendukacitakan.

Setiap pengajaran, seorang guru dengan persediaan yang cukaup bersedia dengan topik pengajaran, BBM, sudah pasti guru tidak akan membuat arahan untuk membuka buku teks, kadang kala mungkin seorang guru juga terlupa untuk memastikan setiap murid mengeluarkan buku teks, jika ini berlaku saban hari sudah pasti inya menjadikan satu bebanan kepada murid untuk membawa buku-buku tersebut. Disamping itu dengan kemudahan internate yand disediakan, besar kemungkinan selepas sesi pembelajaran murid akan menggunkan makmal komputer untuk melayari apa yang sudah di pelajari sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, pihak KP dan Permafakatan PIBG perlu menerima hakikat bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran sudah berubah dan ianya lebih terbuka dan memudahankan setiap pelajar itu sendiri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA