Kalangan yang terlibat dalam pelaksaan pengajaran dan pembelaran dalam Bahasa Inggeris ini adalah kalangan guru itu sendiri, meraka adalah agen utama, pelaksana, pemikir, penyelesai setiap masalah yang timbul, yang dicipta oleh pihak, PPD, Jabatan, Kementerian bagi memastikan pelaksanaan dan hasil di tahap yang paling maksima.
Walau pun sejak cadangan pelaksanaan program ini dibantah oleh sebilangan besar cendikiawan Melayu khususnya kepada pejuang-pejuang bahasa, program ini yang melibatkan perbelanjaan yang besar, ianya terus dilaksanakan untuk kepentingan gulungan tertentu. Lantas pengasas PPSMI, mantan PM Tun Dr. Mahathir masih angkuh dan sombong mengarahkan Kementerian Pelajaran menyediakan keperluan untuk pelaksanaannya.
Kalangan guru, pada awal pelaksaan tahun 2003, dan yang menjadi mangsa ialah guru-guru diluar bandar dimana UMNO mendapat undi sokongan untuk memerintah melatih dari kalangan guru-guru yang pencapaian dalam bahasa inggeris di tahap yang paling minima. Ada kalangan mereka di tahap lulus dalam SPM, untuk mengatasi kemelut ini diadakan Kursus Peningkatan Bahasa Inggeris selama 14 minggu pada tahun 2002 dan mereka terus mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2003. secara logiknya apakah mereka dapat menguasai semua perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut.
Pelaksanaan di peringkat rendah selama 6 tahun baru dinilai - itu pada 2008 baru dinilai malahan diperingkat menengah PMR tahun tahun kemudian 2005, hebat sekali sebagaimana yang dijangkan semua keputusan cemerlang. Tapi ianya dinafikan untuk pengetahuan rakyat, apakah benar-benar cemerlang atau cemerlangan di peringkat kementerian sahaja.
Akhir-akhir ini, dengan ketiadaan Tun dan digantian dengan Dato Seri Abdullah, kembali bantahan dibuat agar program ini di tamatkan. Malangnya kepimpinan dari kalangan guru sebagai pelaksana mendiamkan diri langsung tidak menyuarakan hasrat untuk memberikan pandangan buruknya pelaksanaan PPSMI tersebut. APAKAH MEREKA SENTIASA DIPAKSA UNTUK MELAKSANAKANNYA?,
Agaknya setiap kali pandangan diberikan jawapan yang diterima ialah " saya yang menurut perintah ".
Wakil kalangan guru, Majlis Guru Besar sama ada di peringkat daerah, negeri mau pun kebangsaan hanya menjadi mereka yang setia kepada perintah yang diberikan. Apasalahnya sekali-sekali beri pandangan tentang beban pelaksanaannya, dan mohon berkenan mengetahui sebenar pencapaian murid/pelajar di peringkat peperiksaan awam. Jangan-jangan kita shok sendiri tak.
Kepada Dato KPPM, maklumkanlah kepada umum tahap pencapaian sebenar agar rakyat dapat menilai kebenaran kecemerlangan tersebut. Jika tak cemerlangan tahap pencapaian mereka dan diumumkan cemerlang yang jadi mangsa adalah anak-anak kampong yang jauh tahap penguasan Bahasa Inggerisnya. Fikir-fikrikan lah.
No comments:
Post a Comment