Kini PR dari penguasaan 5 negeri tinggal 4, Perak Darul Ridzuan yang berajakan Tuanku Azlan telah dikuasai oleh pemikiran dan roh altantuya, jasad altantuya dijelmakan menyerupai mirip wajah TPM / DSN. Gugurnya negeri ke 5 ini adalah langsung tidak mengikut batang tubuh keujudan nya.
Jampi serapah, tok kong yang diamalkan oleh DSN nampaknya direstui dan membuahkan hasil, laluan ke kerusi PM makin jelas kelihatan, walau pun perbicaraan kes altantuya kini menampakkan sedikit hasil siapa peneraju utama, kerana telah kelaur rakaian peribahasa ' saya dikambing hitamkan ' ayat ini jelas menunjukkan ada kuasa lain yang terlibat sama.
Peranan yang dimainkan oleh DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebagai jelas menidakkan keprihatinan rakyat yang memangkah meraka, tapi siapa nak beri 50 juta untuk hidup mewah, lakunan DUN Bota amat licik sekali sehinggan DSAI langsung tak dapat menghidu permainannya. Untuk itu DSAI perlu banyak mentelaah lagi tentang sikap dan perangai ADUN-ADUN untuk dirundingkan buat masa akan datang.
Ahli PR ( PKR, DAP & PAS ) tidak perlulah merenggangkan keakraban selama ini, sepanjang memperjuangkan nasib bangsa dan berjaya menakluk 5 negeri, perlakuan 2 DUN PKR dan 1 DAP ini memang menyedihkan, kita pulangkan kepada takdir untuk menentukan nasib meraka, pada 10 Feb. ini pertudahan akan dibicarakan. Mungkin ada petunjuk disini. Kalangan Ahli PR kita perlu bersatu serta meletakkan apa yang terjadi sebagai tsunami di pihak kita pula, dan apa yang diperlukan melipat gandakan usaha untuk memasti PRU13 dan dikuasai dan meletakkan calun-calun yang lebih amanah, jujur tidak korup serta lebih mementingkan perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
Didoakan juga agar pihak istana dapat mengkaji semula apa yang dipohonkan oleh pihak YAB Ir. Mohd. Niza untuk mengembalikan kuasa rakyat untuk menentukan masa depan negeri Perak bukannya melalui roh altantuya. Daulat Tuanku - sejarah kegemilangan Tuanku semasa menjawat Ketua Hakim Negara masih dalam ingatan dan menjadi memori dalam bidang kehakiman.
No comments:
Post a Comment