Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 21, 2019

MELAYU DIKUASAI EMOSI, HANTU PERKAUMAN DI MANA-MANA’


'Melayu dikuasai emosi, hantu perkauman di mana-mana'



Sejak PRU yang lalu, naratif politik di Malaysia berada di sekitar isu berkenaan kaum dan agama, terutama kedudukan Melayu dan Islam.
Daim dalam ucapannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor malam tadi membangkitkan perkara ini dan berkata tanggapan bahawa kedudukan Melayu kini terancam tidak lebih sekadar retorik politik mengarut.
Walaupun lebih berpendidikan dan dengan golongan berpendidikan yang besar, kita masih tidak mampu meyakinkan diri kita tiada apa yang perlu ditakutkan orang Melayu di negara ini.
“Adakah orang Melayu berfikir secara strategik, logik dan kritikal? Saban hari semakin jelas orang Melayu berfikir berdasarkan perasaan mereka dan bukannya daya intelek. Kita perlu tanya diri sendiri – apa yang telah berlaku pada kita?” soalnya.
Menurut Daim, orang Melayu membenarkan emosi menguasai mereka dan mempengaruhi persepsi mereka terhadap orang lain.
“Ketika (majalah) Mastika berhenti menulis cerita hantu, edaran merosot dan kini Mastika tiada lagi. Berbanding baca tentang hantu di Mastika, kini kita melihat hantu di mana-mana.
“Berbanding menggunakan logik dan fakta, kita memilih untuk percaya terhadap retorik perkauman ahli politik yang reputasinya meragukan,” katanya.
Daim kemudian bertanya kepada hadirin – sebahagian besarnya ahli akademik – tentang peranan mereka dalam memasukkan fakta dan logik ke dalam naratif Malaysia.
“Adakah anda mahu dibawa arus emosi atau anda merasakan menjadi tanggungjawab sendiri untuk mempersoal naratif tidak rasional yang disuap kepada orang Melayu?
“Adakah anda yang berpendidikan bercakap secara jujur dan berani tentang apa yang sedang berlaku, atau hanya berpura-pura yang perkauman semakin meningkat ini sesuatu yang absah?”
Naratif semasa yang berpusat sekitar kaum dan agama, kata Daim, memberi tanggapan orang Melayu kini kian hampir untuk dipinggir di negara sendiri.
“Ada kemarahan yang begitu kuat apabila orang bukan Melayu dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, seolah-olah ia baru berlaku sekarang.
“Kenapa tiada kemarahan sama ketika kita berdepan dengan fakta rasuah dan kleptokrasi tahap tinggi di kalangan pemimpin Melayu kita? Kita tidak tersinggung apabila ia jadi tajuk berita seluruh dunia.
“Sebaliknya kita kata ‘Malu apa’. Kalau tak malu, apa jadi kepada iman kita?
Bagi Daim, orang Melayu kini ada dua pilihan, sama ada meneruskan naratif emosi dan tidak rasional sehingga membakar diri sendiri atau berhenti sejenak, berfikir dan menyeru ke arah perubahan.
“Tiada siapa yang paksa kita menjadi emosi dan tidak rasional. Kita memilih untuk jadi begitu kerana kita benarkan diri dipengaruhi ahli politik yang matlamatnya hanya untuk kembali berkuasa, walau apa pun harganya.
“Dan selalunya kitalah yang menanggung harganya,” katanya lagi.
Beliau turut menyentuh reaksi sebilangan orang Melayu berkenaan isu penghinaan terhadap Islam yang timbul mutakhir ini.
“Agama tak boleh dihina. Hanya manusia (boleh rasa terhina). Jika keimanan kita kuat, kita tidak akan rasa terhina, malah kita akan mengetawakan kejahilan (mereka yang menghina).
“Memang salah untuk menghina sesiapa saja, apatah lagi Nabi Muhammad. Menghina agama adalah tindakan bodoh, tetapi kita ada undang-undang dan perlu hormat prosesnya,” katanya lagi. –

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA