
Kisah 40 Penyamun UMNO... Kononnya 40 MP UMNO akan lompat pagar berpaut pada Bersatu. Kalau ini berlaku bermakna Bersatu ada 13 + 40= 53MP. Dengan sendirinya Bersatu dapat gerhana PKR yang presidennya sedang meroyan hendak jadi PM ke8. Anwar mungkin tidur tak lena , lupa Sukma, Azizan dan Saiful, mengenangkan harapannya tinggal angan-angan.
Takdirnya berlaku perpecahan kepimpinan dalam PKR antara Anwar dengan Azmin maka kabilah Azmin akan berjihrah ke Bersatu. Anwar berputih mata sebab mimpi jadi PM rupa=-rupanya kekal sebagai mimpi.
UMNO pocik. Mantra bomoh Ponorogo tak makbul. Heretlah anak dan cucu dalam roadshow mengemis sokongan rakyat pasti terhalang. Kalau dia punya dua surat beranak, Indonesia dan Malaysia, tentulah rakyat curiga tentang kesetiaannya.
Berbagai muka napoh, para koruptor yang tercokol sebagai MKT UMNO membawa sial pada parti. Hari ini rakyat mahu melihat Najib, Rosmah, anak Rosmah, Riza Aziz, Zahid dan beberapa koruptor kelas jerung dan naga bunting bermukim di Sg Buloh dan Kajang dan reput di sana.

Rakyat menyokong kepimpinan Tun Mahathir selepas PRU 14. Jangan main acilut politik, putarbelit dan rekacipta agenda menentang Tun Mahathir. Bagi peluang kepada PH membawa perubahan, mengatasi krisis kewangan yg parah, dan meneroka cabaran baru dengan kejantanan politiknya. Memang ada kelemahan dalam kepimpinan PH.
Bagi sedikit masa lagi untuk para menteri dan pegawai2 PH menyesuaikan minda dan perjuangan dalam wadah Malaysia Baru, dan bukan mewarisi budaya korupsi, kronisme, nepotisme dan ampuisme rejim maharaja perompak era Najib dan bomoh Ponorogo.
Seluruh rakyat mesti tanam jiwa patriotisme besi kursani. Dongeng Melayu, Islam dan Istana jajan politik UMNO tak laku lagi. Hari ini rakyat yg berkuasa, dan rakyat menentukan nasib mereka, agama dan negara.

Selama 61 tahun bawah UMNO cukup memberi iktibar Melayu dikaldaikan oleh para pemimpin Melayu, agama dan istana untuk menjaga tembolok dan perut buncit mereka semata-mata. Sejarah pengkhianatan UMNO dan para pemimpin Melayu yg super korup tidak boleh dilupakan.
Kalau 40 MP Melayu menyertai Bersatu jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait, atau api dalam sekam untuk menggugat kepimpinan Bersatu dan PH. Rakyat tetap mengawasi dan akan bertindak sekiranya PH menyeleweng dan membelakangkan amanah Allah dan rakyat yg memberi kuasa kepadanya.
Kalau kamu bermain api jangan sampai terbakar tangan. Ingat ada makhluk menyalak garang di belakang tembok istana sebelum PRU 14. Rakyat tidak peduli, dan dengan kuasa Allah dan rakyat UMNO/BN hilang kuasa. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Ada faham? - Yahaya Ismail Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
No comments:
Post a Comment