Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 23, 2018

BN KALAH - NAJB TAK SANGKA.....






Najib tak sangka bala besar nak menimpa BN 


Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 Datuk Seri Najib Razak percaya ada beberapa kerusi akan menyaksikan calon BN akan kecewa. 



Namun bekas perdana menteri dan presiden Umno itu tidak menyangka parti yang dipimpinnya itu akan tersungkur untuk kali pertama sejak negara ini mencapai kemerdekaan. "Saya ada menjangkakan sedikit. 



Saya tak menyangka ia begini teruk. "Saya fikir kami mungkin kalah di beberapa kerusi namun saya tidak menjangkakan keputusan sebegini dramatik dan malang. 



"Ia adalah trauma seperti yang anda boleh bayangkan, untuk sebuah parti yang bertahan dalam kuasa selama lebih 60 tahun. 



"Sejarah Malaysia pada asasnya ialah sejarah Umno dan BN," katanya sewaktu diwawancara agensi berita Reuters di Langkawi, Kedah. 



Najib dan isterinya Rosmah Mansor sedang bercuti di sebuah pusat pelancongan elit di pulau peranginan berkenaan. Pasangan terbabit sebelum ini sudah merancang untuk bercuti ke luar negara tetapi terpaksa dibatalkan apabila nama mereka dimasukkan ke senarai orang yang dilarang meninggalkan Malaysia oleh Jabatan Imigresen. 



Pada PRU ke-14 lalu BN hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Lima tahun lalu gabungan terbabit memenangi 133 kerusi dan kekal memerintah Malaysia. 



Lebih memburukkan keadaan BN, sembilan daripada 13 parti komponen mereka meninggalkan gabungan berkenaan untuk membentuk pakatan sendiri di Sarawak. 



Keadaan itu meletakkan BN kini hanya menguasai 57 kerusi di parlimen. 



Dalam temu bual itu Najib menyalahkan tuduhan dilempar pembangkang sebagai punca BN kecundang. 



Mereka (pembangkang) tampil dengan tuduhan yang berat untuk memfitnah saya dan kerajaan. 



"Malangnya selepas satu tempoh, ia mengubah pandangan orang ramai," katannya. 



Najib juga berkata Tun Dr Mahathir Mohamad - tokoh yang satu ketika dulu bersungguh-sungguh melobi untuk menaikkannya menjadi perdana menteri - pintar dalam strategi semasa mengepalai Pakatan Harapan bagi berdepan dengan BN. 



"Dia tahu BN, dia tahu mengenai perkhidmatan awam. Dia tahu segala-galanya mengenai sistem yang ada, jadi dia beroperasi dari dalam dan luar. Justeru dia mempunyai kelebihan tersendiri. 



"Dia agak pintar dari satu segi, merangkumkan segala-galanya dalam terma yang sangat mudah dan mengulang-ulanginya berkali-kali. 



"Satu lagi isu yang saya sedih ialah kami tidak kalah kepada satu agenda yang besar," katanya. 


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

1 comment:

  1. tu lh mcmana nak maju bangsa kt.....dah mcm ni pun masih x nk mengaku hakikat,fakta....masih nk berlakon...menipu....bodohkan bangsa.....kalah sbb x berani nk ngaku salah dan silap yg sebenarnya

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA