Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 23, 2018

Hudud tidak ada dalam manifesto Pas

Pas dan Gagasan Sejahtera (GS)  yang melancarkan  manifesto bertemakan ‘ Malaysia Sejahtera’  semalam tidak menyenaraikan pelaksnaan Hudud antara akujanji untuk rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Selain hanya menyenaraikan 20 perkara  dalam  manifestonya bagi PRU14 termasuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mengurangkan jenayah, mestrukturkan semula kadar tol  melebihi 15 tahun dan menghapuskan pinjaman pelajar.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia akan menggantikan GST dengan cukai ke atas simpanan korporat dan keuntungan modal di Bursa Malaysia.
Gagasan Sejahtera (GS) adalah gabungan yang terdiri daripada Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).
Manifesto yang bertemakan ‘Malaysia Sejahtera’ ini telah dilancarkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam tadi.
GS  juga akan menawarkan bantuan untuk pembelian kereta kali pertama untuk model di bawah 1300cc melalui pengecualian duti eksais dan pinjaman tanpa faedah.
Selain  memperkasakan Islam sebagai agama rasmi dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium untuk semua subjek dalam sistem pendidikan negara.
Manifesto itu telah dirangka oleh sebuah badan yang terdiri daripada ahli ekonomi, pakar cukai, pakar syariah dan mereka yang berpengalaman dalam hal-hal kebudayaan dan sosial.
20 kandungan manifesto  Gagasan Sejahtera  untuk PRU14:
1) Menghapuskan GST yang membebankan rakyat dan menggantikan dengan sistem percukaian lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.
2) Melupuskan hutang peminjam PTPTN yang sedia ada ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
3) Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan.
4) Menawarkan bantuan one-off sebanyak RM2,000 sebagai modal kepada wanita berkerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
5) Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.
6) Bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).
7) Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000.
8) Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasa golongan miskin serta luar bandar.
9) Menstrukturkan semula kadar bayaran tol bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol melebihi 15 tahun.
10) Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah, selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan’ (UMI).
11) Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.
12) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
13) Kembalikan sistem kuota di institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, masyarakat bandar serta luar bandar.
14) Pertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.
15) Bantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah, khususnya untuk golongan muda.
16) Bangunkan penempatan baharu mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.
17) Membantu golongan OKU menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
18) Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama serta latihan keibubapaan.
19) Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk kurangkan kadar jenayah.
20) Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Manifesto Gagasan Sejahtera itu berdasarkan sembilan teras utama iaitu:
* Pembentukan kerajaan dengan integriti, amanah dan bebas daripada rasuah.
* Untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan memberi peluang baru kepada rakyat.
* Memberdayakan rakyat Malaysia untuk mengurangkan impak inflasi dan kenaikan kos sara hidup.
* Mengurangkan jurang pengagihan pendapatan dan kekayaan di antara kawasan bandar dan luar bandar.
* Meningkatkan kualiti pendidikan untuk mewujudkan modal insan yang lebih baik.
* Pengharmonian sistem undang-undang dan tadbir urus.
* Memperkukuhkan konsep federalisme dengan memulihkan hak tertentu kerajaan negeri.
* Memperkasakan suara rakyat, yang selaras dengan tuntutan Syura dan prinsip demokrasi.
* Meningkatkan keberkesanan sistem sokongan sosial semasa.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA