KUALA LUMPUR – Bekas pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan - gambar - menempelak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwanya cuba mencampuri urusan parti politik.
Khairuddin juga melahirkan rasa pelik melihat Dzulkifli yang didakwa ‘berlagak’ sebagai seorang ahli politik.
“Tolong jangan banyak cakap Tan Sri Dzulkifli Ahmad! Buat kerja secara profesional, telus, amanah, adil serta saksama cukuplah.
“Secara peribadi saya mengikuti Program Kembara Jelajah Anti Rasuah sempena ulang tahun 50 tahun SPRM dan dapati Dzulkifli dah macam orang politik bukan lagi seorang penjawat awam dalam bidang penguatkuasaan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Malah Khairuddin juga mendakwa gaya dan cara Dzulkifli berceramah sudah menyerupai macam pemimpin politik.
“Di beberapa negeri yang beliau tiba serta hadir, Dzulkifli bersama rombongan diterima kunjungan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua Menteri dan pemimpin-pemimpin politik.
“Ramai juga orang-orang politik terlibat dalam program santai Kembara Jelajah Anti Rasuah SPRM itu. Ini amalan yang tidak sihat bagi saya,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment