Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj mengingatkan Pakatan Harapan (PH) boleh kehilangan sokongan pengundi Melayu luar bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melainkan ia memberi tumpuan terhadap kebimbangan komuniti itu tentang kemungkinan kemerosotan hak mereka.
Pemimpin PSM berkata terdapat kebimbangan di kalangan orang Melayu di kawasan luar bandar yang PH tidak akan tegas dalam mempertahankan hak-hak ekonomi mereka jika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan persekutuan.
Justeru beliau berkata, PH perlu memberi tumpuan yang cukup untuk menangani kebimbangan itu, dan bukannya meletakkan lebih banyak tumpun terhadap isu seperti 1MDB dan rasuah membabitkan Barisan Nasional (BN).
“Rasuah dan 1MDB adalah isu penting, tetapi selain membincangkan isu-isu itu, Pakatan juga harus menangani kebimbangan orang Melayu luar bandar tentang masa depan mereka.
“Umno mempunyai sistem sokongan yang jelas berkenaan dengan insentif dan subsidi bagi golongan miskin Melayu, sehingga parti dilihat sebagai pelindung mereka,” kata Jeyakumar kepada FMT.
Beliau menambah, PH belum bertindak secukupnya untuk menghapuskan keraguan tentang sistem sokongan yang diambil jika ia berkuasa kekal.
Jeyakumar berkata, masih sukar untuk menangani tuduhan BN terhadap PH.
Beliau juga memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu penjawat-penjawat awam awal minggu ini untuk membayangkan masa depan mereka jika pembangkang berkuasa.
Beberapa ahli pembangkang sebelum ini mendakwa saiz perkhidmatan awam seramai 1.6 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan.
Jeyakumar berkata, ramai orang Melayu luar bandar dan di kawasan bandar merasakan bahawa walaupun Umno mungkin korup, tindakan menolak parti itu boleh menyebabkan insentif dan subsidi yang dinikmati akan hilang.
“Mereka sedar kerajaan sedia ada ada (isu) rasuah dan ada perkara-perkara yang tidak betul.
“Tetapi mengenai isu tindakan afirmatif, mereka di Pakatan telah memberi gambaran bahawa mereka memihak kepada pasaran bebas di mana pasaran akan menentukan isu.
“Kebimbangan seperti itu akan membantu Umno mengekalkan undi Melayu kawasan luar bandar,” katanya.
Oleh itu menurut Jeyakumar, subsidi-subsidi dilaksanakan oleh kerajaan Umno termasuk baja percuma bernilai RM300 juta yang diagihkan kepada petani padi, bayaran bulanan sebanyak RM300 untuk nelayan kecil dan faedah bagi pekebun kecil getah.
Beliau berkata, masih belum lewat bagi PH untuk membuat kenyataan dasar untuk mengendalikan program sosial dan ekonomi yang disasarkan kepada golongan miskin Melayu walaupun ada insentif dan subsidi yang sedia ada, kerana orang Melayu juga menghadapi banyak masalah.
Beliau memetik contoh pekebun-pekebun kecil getah yang mengadu menerima benih getah kelas rendah daripada kontraktor Bumiputera, menyebabkan mereka kurang mendapat keuntungan.
“Para pekebun kecil merasa ditipu. Mereka menunggu selama 7 tahun untuk pokok itu tumbuh hanya untuk mendapatkan getah hasil yang lebih rendah. Perkara ini perlu dipertimbangkan.”
Beliau juga berkata, walaupun kerajaan memberi RM300 kepada nelayan, ia juga mengeluarkan lesen untuk kapal asing untuk menangkap ikan di perairan Malaysia, menyebabkan penduduk tempatan kurang mendapat tangkapan.
“Ini adalah isu-isu yang harus dilihat oleh Pakatan. Kita perlu mempunyai langkah untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
“Adakan perbincangan di peringkat bawah. Ia akan meyakinkan orang bahawa kita menyedari isu mereka. Isu-isu ini juga boleh dimasukkan ke dalam manifesto,” katanya.
GELAP atau CAHAYA..
ReplyDeleteKlu rakyat diberikan 2 pilihan GELAP atau CAHAYA sudah pasti CAHAYA mnjd pilihan mrk..
Ddlm CAHAYA tiada lg momok yg menakut2kan..
Ddlm CAHAYA terang yg tiada momok itu, tiada n TIADA ketakutan krn KEBODOHAN lg.. krn jd "takut" serta jd "BODOH" adalah umpan ddlm GELAP!
"...perkauman dan agama..."
Momok GELAP yg paling menakutkan lg memBODOHkan itu adalah sentimen perkauman n prejudis agama yg dgn sengaja dirancang diulang2..
DAN momok itu dgn sendirinya LENYAP apb tiada lg ruang yg GELAP, apb ruang telah dipenuhi CAHAYA diskusi debat hujah serta fakta2 AUDIT telus lg tepat yg MIRACLE bertenaga..
KEBODOHAN adalah natijah hidup ddlm GELAP, yg boleh dgn mudah di"api2"kan dgn isu lapuk perkauman serta prejudis agama yg usang ketinggalan zaman..
CAHAYA yg terang dan LURUS yg dibawa nabi SAW itu adalah rahmat kpd seluruh alam2.. sama sprt bak CAHAYA mentari yg TAK pernah bias n prejudis menyinari seluruh umat manusia dgn SAKSAMA tanpa mengira darjat perbezaan kaum bangsa negara maupun agama..
CAHAYA mentari itu sgt2 adil n LURUS menyinari kita n CAHAYA itu tak pernah membeza2kan kita India Cina Melayu Iban Kadazan dll dinegara ini, begitulah indahnya CAHAYA pemberian"NYA" melalui mentari itu yg tak pernah n TIADA bias walau sedikitpun sama sekali!
Raikan suburkan dan war2kan sbnr2 CAHAYA MERIT n Integrity, CAHAYA cinta n Kaseh Sayang sesama kita, so apb wujud CAHAYA yg terang indah lg LURUS itu, momok2 GELAP yg penuh kesumat yg sarat dgn maki hamun kata2 kesat itu pun PASTI tak akan dpt hidup serta bernafas lg hi hi..
Tenaga CAHAYA yg Tuhan berikan kdlm jiwa kita itu sgt2 power lg AKTIF n sedarlah manakala yg GELAP itu sgt2 lemah dhoif lg pasif!
Cahaya NYA LURUS tiada bias nya..
DeleteCahaya NYA seINDAH mata memandang..
Cahaya NYA itu, kaseh kan semua
Agar semuanya TERANG benderang