TINDAKAN pelbagai pasaraya menganjurkan jualan murah (sale) pada masa tertentu bagi menarik pengguna, cuba dikaitkan sebagai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST oleh Ahmad Maslan. - gambar
Malah menurutnya, ia menjadi satu bukti bahawa GST mampu mengurangkan harga barang. Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu tweet di akaun Twitter miliknya.
"Kenapa ada jualan murah? Banyak bulan dalam setahun. Itu 1 bukti #GST boleh mengurangkan harga barang. Jika sale 30% tolak 6% GST maka untung 24%," tulisnya.
Kenyataan itu bagaimanapun menjadi viral sekaligus mengundang kritikan orang ramai yang rata-rata menyifatkannya sebagai kenyataan bodoh lagi cuba memperbodohkan rakyat.
Aku pun tak faham, sebenarnya Ahmad Maslan ni nak bodohkan siapa? Sebelum ada cukai GST pun memang semua pasaraya-pasaraya di Malaysia sudah menganjurkan jualan murah untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke premis mereka.
Itu adalah strategi perniagaan pelbagai jenis pasaraya sejak dahulu lagi di dalam memenangi persaingan.
Rasanya lebih baik Ahmad Maslan senyap tak sebut apa-apa, orang pun tak tahu apa yang ada dalam kepala otaknya. Daripada berbunyi sekadar nak menyakitkan hati orang dan menonjolkan ketidakcerdikan.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/09/jualan-murah-bukti-gst-turunkan-harga.html#ixzz4rmDxJYFW
No comments:
Post a Comment