Kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( gambar ) mengenai 1MDB yang dah dikantoikan oleh dua MP ini dipercayai ada kaitan dengan rombakan kabinet yang dikhabarkan akan dilakukan Najib selepas AidilFitri.
"Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku.
Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang "kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu" tidak timbul.
"Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas itu dihentikan. Kita harus bersabar dan menunggu laporan akhir daripada (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara," katanya dalam satu kenyataan ~ AstroAwani
"Menteri kewangan II membuta tuli berbohong mengatakan laporan awal ketua audit negara tidak menemui sebarang bukti salah laku terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
"Menteri kewangan II juga melulu mengatakan isu 'pemindahan AS$700 juta' kepada individu tertentu tidak timbul. Tetapi kita tidak tahu sama ada Husni merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak atau Low Taek Jow kerana tidak mahu menamakannya.
"Tidak kira siapa yang menteri itu rujuk, ketua audit negara tidak pernah membersihkan isu 'AS$700 juta' dalam laporan awal. Sebaliknya pemindahan AS$700 juta menimbulkan banyak persoalan meragukan di mana ketua audit berkata mereka perlu menyiasat lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir," ~ TMI
"Mengapa menteri mempunyai keistimewaan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum dan membuat kesimpulan mengenai laporan interim itu tetapi ahli PAC diarah supaya menutup mulut mereka,"
"Jadi tidak molek untuk eksekutif memberi kenyataan tentang 1MDB.
"Malah, siasatan yang ada belum sampai peringkat kesimpulan," katanya..
Tambah Nur Jazlan, kenyataan Menteri Kewangan Kedua itu memperlekehkan PAC.
Selain itu, ia juga menyebabkan siasatan yang sedang dijalankan tidak bernilai ~ MalaysiaGazett
No comments:
Post a Comment