Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 8, 2016

PRN 11 - SARAWAK - AMANAH 100% HILANG DEPOSIT.


APA KATA PRESIDEN


KENYATAAN MEDIA 

KEPUTUSAN PRN SARAWAK IKTIBAR UNTUK KERJA KUAT PRU14 

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru dibentuk tujuh bulan lalu telah diuji dengan pilihan 
Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung hari ini dengan AMANAH bertanding di 13 kerusi.
 Keputusan rasmi telahpun kita ketahui di mana kita tidak berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. 


2. Biarpun begitu, keputusan hari ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap 
AMANAH sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk 
terus subur di Bumi Kenyalang. 


3. PRN Sarawak kali ini secara tradisinya memperlihatkan bahawa proses pilihan raya berlangsung 
dalam keadaan pencerobohan demokrasi begitu ketara oleh BN sama ada di peringkat negeri mahupun 
persekutuan. 


4. Tindakan BN Sarawak menghalang petugas parti pembangkang khususnya dari AMANAH, 
PKR dan DAP telah memberi kesan psikologi kepada pengundi. Penyalahgunaan media, pengumuman 
projek segera oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta fitnah melampau tidak mampu 
dijawab parti pembangkang yang tidak mempunyai saluran seimbang dengan pemerintah. 


5. Selain itu faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama 
sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini. Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai 
satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak. Semoga keputusan pilihan raya ini menjadi 
iktibar kepada Pakatan Harapan untuk PRU akan datang. 


6. Bagaimanapun saya berpuas hati dengan kerja yang dibuat oleh petugas-petugas AMANAH 
yang diketuai oleh Timbalan Presiden Salahuddin Ayub. Saya ingin mengucapkan terima kasih 
tidak terhingga kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus sepanjang PRN Sarawak berlangsung. 


7. Keputusan PRN Sarawak ini memberi rangsangan kepada AMANAH untuk terus bergerak 
ditengah-tengah masyarakat dalam arena politik demokrasi tempang di Malaysia ini. Kita akan
 berusaha habis-habisan untuk muncul sebagai pemenang utama pada PRU akan datang. 


"Harapan Baru" 

HJ MOHAMAD SABU 
Presiden 
Parti Amanah Negara 
7 Mei 2016 


ULASAN SETIAUSAHA AGUNG.


Keputusan: Semua calon AMANAH hilang deposit.
May 7, 2016 Suatu kejayaan untuk parti ( Anuar Tahir - gambar ) yang baru sahaja mencecah usia tujuh bulan sekiranya berjaya memperolehi semula wang deposit. 

PETALING JAYA: AMANAH beranggapan adalah perkara biasa untuk calon kehilangan wang deposit pada pilihan raya, khasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11. 

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, ia adalah satu kejayaan, jika ada di kalangan calon parti yang baru berusia tujuh bulan itu memperoleh semula wang deposit mereka.

“Hilang deposit di Sarawak ini adalah perkara biasa bagi calon-calon. Mana-mana kawasan yang kita perolehi deposit itu sudah kita anggap sebagai suatu kemenangan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

 Anuar turut menjelaskan, pengalaman pertama parti itu bertanding pada PRN kali ini merupakan pengalaman berharga untuk AMANAH memperkenalkan parti dan logonya kepada rakyat Sarawak.

 “Ia memberikan pengalaman yang cukup berharga dan sebagai parti baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai bukanlah suatu perkara mudah. “Jadi, tujuan kita menyertai PRN Sarawak adalah untuk memperkenalkan parti dan logo yang berusia tujuh bulan ini kepada rakyat Sarawak,” jelasnya. 

Ujarnya lagi, tidak dapat dinafikan suasana politik di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia, kerana rata-rata rakyat di negeri itu tidak memahami secara mendalam isu yang dibincangkan di Semenanjung, iaitu 1MDB dan juga isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

Tambahnya, sekatan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang ke Sarawak juga memperlihatkan demokrasi yang tidak subur di Bumi Kenyalang. “Suasana di Sarawak ini memang kita sangat kecewa kerana demokrasi yang sangat terhakis, pilihan raya di Afrika mungkin lebih maju lagi.

 “Kita sangat terasa dalam pilihan raya yang kita sertai ini. Kalau BN tidak menang dalam PRN kali ini maknanya dunia boleh kiamat kerana cara mereka berkempen iaitu menggunakan televisyen, radio dan lain-lain,” ujarnya lagi. Semua 13 calon yang diturunkan AMANAH pada PRN Sarawak kali ini kecundang dan gagal mendapatkan kembali deposit mereka sebanyak RM5,000. 


Calon-calon pilihan raya akan kehilangan wang deposit, jika mereka gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon bertanding di sesebuah kerusi itu.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA