Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 24, 2016

1MDB - ISTANA MULA CAMPUR







Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi suara pertama kerabat diraja yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menghadiri dialog “Nothing To Hide” anjuran SukaGuam pagi tadi.



Menurut Tunku Ismail, sudah dijangkakan Najib yang seharus menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pagi tadi dan turut dihadiri pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.


“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Najib dikatakan tidak hadir selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.


Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.


“Kepada mereka yang diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahnya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA