Kalau Himpunan Bersih 1, 2, 3, 4 motifnya untuk menuntut pilihanraya yang adil dan demokrasi yang telus. Himpunan membantah PPSMI supaya kerajaan membatalkan matapelajaran Metematik dan Sains diajar di dalam Bahasa Inggeris. Himpunan supaya memansuhkan ISA. Himpunan membantah penyenaraian Felda Global Venture. Himpunan membantah GST. Semua himpunan ini jelas dari segi matlamat dan tujuan. Persoalannya himpunan merah 16 September ini, apa pula tujuannya?.
So, Perhimpunan Melayu apa matlamatnya?
Nak sokong Najib?
Nak sahkan Najib dapat 2.6b
Nak selamatkan isu 1MBD
atau
entah apa lagi yang perlu diselamatkan oleh kumpulan ini?
Sebenarnya himpunan merah tidak perlu dibuat kalau hanya hendak mengeluh kegagalan orang-orang Melayu yang ketinggalan dalam segala sudut. Kerana sebahagian besar pengajur ialah mereka yang menyokong parti yang terpalit dengan isu 1MDB. Mereka boleh belasah perkara ini di dalam Persidangan Umno, kenapa orang Melayu tertinggal sebab pemimpin Umno gagal melaksanakan amanah rakyat. Jangan salahkan kaum lain dan orang lain.
Tidak perlu menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan yang berpunca daripada dari sendiri. Dunia akan ketawa, kenapa perlu merungut, sedangkan kamu perlu bertindak dan mengarahkan kerana mempunyai kuasa.
So, Perhimpunan Melayu apa matlamatnya?
Nak sokong Najib?
Nak sahkan Najib dapat 2.6b
Nak selamatkan isu 1MBD
atau
entah apa lagi yang perlu diselamatkan oleh kumpulan ini?
Cuba kita imbas kembali, apakah himpunan ini sebagai reaksi himpunan Bersih 4 baru-baru ini. Atau hanya untuk menutup dan mengalih isu yang melanda di negara ini terutama 1MDB dan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang paling kita bimbang himpunan ini kalau bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman.
No comments:
Post a Comment