Namun di kala kekerapan situasi ini berulang, masih ramai yang
tidak faham dan tidakmengetahui fakta sebenar tentang jerebu.
Mari kita lihat lima perkara yang sering disalah tafsir masyarakat
tentang jerebu, seperti yang dilaporkan oleh Jakarta Globe.
1. Beberapa hasil kajian saintifik di Indonesia mengesahkan jerebu
BUKAN berpuncadaripada pembakaran hutan yang dibuat oleh
syarikat-syarikat perladangan yang besar.Sebaliknya, aktiviti
pembakaranhutan oleh petani-petani kecil merupakan penyumbang
utama kepada masalah jerebu yang teruk.
2. Kajian terbaharu di Kalimantan, yang diterbitkan dalam jurnal
Environmental Research Letters, melaporkan 62 peratus asap yang
menghasilkan jerebu diIndonesia, Malaysiadan Singapura juga
dimulakan oleh petani-petani kecil.
Satu kajian yang dibuat di Riau pada tahun 2014 juga melaporkan
60 peratusdaripadakawasan hutan yang dibakar itu, diusahakan
dan dihuni oleh petani-petani kecil ini.
3. Mereka yang pernah atau biasa berada di Kalimantan atau Sumatra
semasa musim panas dan kering, tahu bahawa aktiviti pembakaran hutan,
tidak kira untuktujuanpertanian atau berburu, adalah satu kebiasaan
masyarakat di sana.
4. Undang-undang yang melarang aktiviti ini sememangnya wujud
di kebanyakan daerah,namun ianya tidak diendahkan.
5. Kerajaan Indonesia disarankan agar menghentikan pemberian lesen
menerokatanahgambut kepada orang perseorangan dan petani kecil,
terutamanya di Sumatra.
Ini kerana kebakaran yang berlaku di tanah gambut adalah punca
terbesar jerebu.
astroawani
No comments:
Post a Comment