Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 9, 2015

UMNO - MELAYU HANYA DI JADIKAN LANDASAN,,,,,,,,



Benarkah UMNO kini, dulu dan akan datang berusaha untuk memajukan MELAYU? satu persoalan yang amat rumit di jawab. Kita lihat dari semua aspek sejauh mana PERTOLONGAN ini di laksanakan dengan penoh ikhlas oleh kepimpinan. Sejak dari kepimpinan Tunku hinggalah kini. Persoalan seperti: 

Penjualan Singapura!
Dana berbilion untuk pembangunan Melayu di tersimpannya
Tanah rezeb Melayu berapa lagi tinggalnya?
Pulau Batu Putih hilang bagitu sahaja
Kekebalan istana, siapa yang hapuskan?
dan lagi.... dan lagi

itu sebahagian dari apa yang pastinya mengguriskan rasa kita umat Melayu yang di  nodai oleh kepimpinan UMNO.

Sebagai orang Melayu, kita cukup senang memberikan pandangan, tegoran dan kritikan jika kita bukan ahli UMNO, dalan erti lain kita sertailah parti selain UMNO. Kerana ianya lebih mudah untuk kita bercakap tentang kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Ini disebabkan kebebasan luas untuk tujuan tersebut. Kita tak boleh mengharapkan bangsa lain untuk tujuan tersebut.

" KITA " amat perlu memainkan peranan untuk anak bangsa kita untuk masa depan mereka. Tapi siapa " KITA "  Kita adalah semua orang MELAYU sama ada dari kelopok UMNO. PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu.

Jika kita perhatikan isu yang di mainkan oleh kepimpinan UMNO apakah sebenarnya mereka membantu " Melayu " atau mereka menggunakan " Melayu " untuk kepentingan mereka sendiri? Mungkin banyak lagi isu yang digunakan oleh mereka. 

Cuba kita perhatikan bagaimana penghidupan mewah yang di pamerkan oleh mereka ( pemimpin UMNO ), di laporkan kini negara sudah pun berhutan menghampiri 800ribu bilion, persoalannya kemana wang negara itu di habiskan? Sedangkan bangsa kita masih hidup merempat, bak kata pepatah " kais pagi makan pagi dan sebliknya " Dalam keadaan hutang yang banyak kepimpinan UMNO sanggup menghabiskan wang untuk membeli kapal terbang baru. Apakah mereka tidak menggunakan otak untuk kepentingan rakyat?

Persoalannya?

- Ada orang UMNO  sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan UMNO? 


- Adakah yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu untuk tatapan UMNO? 

-  Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu?

Kenapa mereka bacul - berapa lama lagi kepimpinan UMNO berterusan untuk menggunakan MELAYU untuk kepentingan diri? Akhirnya mereka menggunakan semua kuasa untuk menangkap ada kalangan MELAYU yang bersedia untuk membongkar apa yang mereka lakukan.

Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.

kalau kita ambil cerita Royality Petronas, walau pun semua negeri yang ada kaitan dengan pengluaran minyak akan mendapatnya tapi UMNO sanggup mengkhianat Kelantan - apakah UMNO tidak sedar di Kelantan penduduknya hampir 100% Melayu, tapi niat busuk pemimpin mereka rela Kelantan di nafikan hak royality tersebut.

Selain itu UMNO juga sanggup menukar dari royalty ke wang ehsan, kewujudan istilah ini bila mana Terengganyu terlepas ke tangan PAS, juga Terengganu adalah negeri di pantai timur yang di monopoli oleh Melayu. Kenapa UMNO sanggup menidakkan hak dan keutamaan kepada orang Melayu?

Slogan HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU di jadikan senjata utama UMNO untuk memperdayakan Melayu.

Di mana GLC - Felda, Felcra,  Petronas dan banyak lagi semuanya dijadi alat untuk mereka mengaut keuntangan. Terakhir lihat sahaja Felcra di bawah pimpinan Isa Samad, kini saham Felcra sudah menurun ke angka yang boleh di curigai. Bagitu juga dengan Felcra, bagaimana kepimpinan menggunakan agensi ini untuk kepentingan peribadi, yang jadi mangsa ialah rakyat. 

 PNB ( Perbadanan Nasional Berhad ) misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk orang Melayu?

Rentetan dari  FB
Tiada ada lagi perjuangannya dalam parti Umno hari ini...
yang ada hanya perniagaan semata- Mata...
Tidak ada lagi pejuang tulin dalam parti Umno hari ini...

yang ada cuma peniaga- peniaga tamak,rakus bernafsu dan 
gila dunia semata- Mata....dari ahli kecawangan...dr cawangan kebahagian...
dari bahagian kenegeri..dr Negeri kepusat...
semua nya dipenuhi oleh perniagaan politik bukan lagi perjuangannya ...
inilah kenyataan pahit yg perlu semua terima keadaannya...pejuang..........?

Lihat pula dari perkembangan politik, Najib telah menodai perjuangan UMNO dengan melantik bukan MIC cuma untuk satu kerusi menteri, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara? bagitu juga lantikan menteri penuh mereka dari Malaysia Timur, apakah mereka memahani keadaan di semenanjung? tapi untuk kepentingan JAWATAN PM Najib sanggup menggadaikan bangsa.

Perjuangan Politik Najid kini kelihatan lemah, beliau di seliputi dengan isu-isu yang hebat dan sentiasa menuggu masa untuk digugukan. Najib gagal mengatasi Pak Lah, dalam rebutan kerusi di parlimen dari 140 zaman Pak Lah kini tinggal hanya 133 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.

Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.

Persolan p0litik " apakah Mahyudin akan menyusun langkah untuk mengenepikan Najib sebagaimana beliau menyusun bahtera menghalau Pak lah tempoh hari? " Jawapannya PAU Disember ini pastinya menyaksikan rebutan tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA