Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, December 17, 2012

UMNO - MELAYU MULA MEMBENCII MU bhg. 1

Apakah kini khususnya ORANG MELAYU sudah mula melupakan apa yang telah diperjuangkan oleh UMNO? Atau benarkan MELAYU memang mudah lupa seperti apa yang di ucapkan oleh mantan PM Ke 4 Tun Mahathir? Atau apakan sudah cukup dewasanya UMNO dan kepimpinan sudah mula lupa diri? Atau apakah pemimpin di penghujung usia UMNO ini mereka sudah lupa asal usul perjuangan zaman UMNO " kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang " ?

Sebenarnya, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidaklah terlalu benci kepada Umno. Orang Melayu yang sedar dan rasional, mengakui bahawa Umno banyak menyumbang kepada orang Melayu, negara dan agama Islam manakala orang bukan Melayu tumpang berteduh dan makmur di bawah pimpinan Umno.

Cuma, banyak orang Melayu, khasnya generasi tua dan generasi muda terkilan dengan kepemimpinan Umno yang dilihat sebagai tidak cukup Melayu dan terlalu mementingkan diri sendiri atau kelompok masing-masing.

Gambar di bawah menyatakan kebencian tersebut:

 




 

 

 


 
 agama jadi bahan mainan dan cacian.

Demikianlah jahil dan biadabnya kempinan dan golongan ini terhadap hukum Allah. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?

Ini lagi:



Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.


Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.

Jumpa di Bahagian 2 -   
apa kata orang muda / orang tua.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA