Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 20, 2012

PR - POSTER PRU 13 HARAPAN UNTUK RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) salah sebuah komponen PR ( Pakatan Raykat ) telah pun melancarkan poster dan " bill board " yang dikhususkan untuk memancing undi pada PRU 13 nanti. Poster yang berasingan ini adalah disebabkan ROS ( Registration of Society ) atau Perdaftar Pertubuhan " gagal " untuk mengesahkan penggabungan ketiga-tiga parti - PAS, DAP dan PKR untuk bernaung di bawah satu bendera serta di bawah satu logo


Poster-poster kempen itu dilancarkan oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Dr Wan Azizah di ibu pejabat KEADILAN di tropicana bersama-sama dengan rakan-rakan. Kempen Pilihanraya KEADILAN bertemakan "Harapan untuk rakyat" dengan latar belakang biru sempena bendera parti KEADILAN. Berikut poster-poster yang dimaksudkan.

Anwar adalah sebagai icon kepada PKR dan juga kepada PR, dengan bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, sudah pasti beliau menjadi tunggak kepada kempen berkenaan. Gambar Anwar " Pakatan Harapan Rakyat "

 HARAPAN RAKYAT - Harga Minyak Turun

 HARAPAN RAKYAT Wanita Dihargai Caruman Wanita Malaysia

HARAPAN RAKYAT - Harga Kereta Turun

KEADILAN Lindungi Keluarga Anda

 Pakatan Demi Rakyat


Harapan Rakyat - Pendidikan Percuma, 
Hapuskan PTPTN



Billboard gambar DS Anwar Ibrahim di km 383.4 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan selepas kawasan hentian (R & R) Behrang. Satu usaha serta idea yang baik. 

Pemasangan billborad seperti ini cukup berkesan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang menifesto serta hala tuju Pakatan Rakyat.


Ini juga merupakan satu altenatif baru. Kita sedia maklum oleh kerana ruang yang terhad untuk Pakatan Rakyat memberi penerangan segala isu atau maklumat di media masa negara ini maka billboard ini merupakan satu cara yang berkesan untuk menyampai maklumat kepada rakyat.
Di harap perbanyakan lagi billbord seperti ini terutama di negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat biar Umno /Bn gerun melihat iklan iklan macam ini. Dengan izin Allah dengan adanya billboard ini rakyat akan mendapat maklumat yang tepat  dan akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti dengan menolak parti korup dari Umno/BN .

Jadi apa tunggu lagi ayuh pakat TURUNKAN Umno /BN .pada PRU13 ini. dah lama sangat merentah .

2 comments:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA