Kampong Gajah adalah sebuah Daerah Kecil dalam Negeri Perak dan ianya di pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah. Kompleks Sukan ini di bina zaman Tan Sri Ramli bin Ngah Talib sebagai Menteri Besar tempoh hari. Untuk Tan Sri tahniah atas rasa perlunya masyarakat kampong kita mendapatkan keperluan tersebut. Tapi Kalau lah Tan Sri ada masa datang dan lihatlah bagaimana keadaan Mini Stadium hasil usaha Tan Sri tempoh hari di berikan perhatian oleh pemerintah masa kini.
Penduduk Kg. Gajah sudah tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut, Penguatkuasaan dari Majlis Daerah Perak Tengah sudah hilang minat untuk melihat hasil peninggalan Tan Sri di gunakan oleh penduduk, walau pun di fahamkan ada syarikat pembersihan kawasan di tenderkan tapi kerja mereka hanya menuntut " gaji " sahaja dan di bayar oleh pihak MDPT dengan tanpa kerja yang sepatutnya dilaksanakan

" Tangga kambing " istilah yang digunakan untuk tempat duduk di stadium ini, keadaan nampak kukuh, tapi malangnya, kawasan keliling dibiarkan tumbuhan lalang hidup menghijau seperti kawasan sawah di mana padi sedang tumbuh, cukup hijau hidupan lalang-lalang ini. Kenapa agaknya ia tidak dibersihkan ya?
No comments:
Post a Comment