Kini, selepas " membedal " DSAI dengan isu 19 Sep. YB Bayan Baru terus meningkat polularitinya, beliau adalah orang yang mendapat pengiktirafan dari UMNO sebagai " anjing penyerang dan askar upahan " beliau terus menyalak seolah-olah beliau sungguh bersih dalam arena politiknya. Sehari selepas beliau menggodam DSAI, kini giliran Sdr. Setiausaha Agung PKR pula membokarkan siapa sebenarnya YB Bayan Baru ini. kalau tak betul YB Bayan Baru perlu menafikan pertuduhan dari YB Machang tersebut. Apakah darjah kebesaran boleh di pohon dan diminta?
Tapi kalau kita perhatikan bagaimana pula yang di laungkan oleh DAP dari dulu lagi berkaitan dengan Malaysia Malaysian dan PAS for All dari PAS tidakkah gagasan ini telah di jadikan asas pembentukan 1M?
Selain dari Pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16Sep. MP Bayan baru juga menamakan 8 MP yang telah bersetuju untuk bersama-sama dengan DSAI. Beliau mendakwa mereka adalah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)
Pendedahan ini kita harapkan mereka tidak terasa hati dan memberikan tumpuan kepada buat kerja untuk kawasan masing-masing. Walaubagaimana pun dengan pendedahan ini mungkin Najib dapat sedikit info berkaitan dengan ahli-ahli BN yang sebenarnya.Kita mengharapkan agar mereka yang dilaporkan tidak mengambil tindakan udang-undang terhadap Bayan Baru, kerana Bayan Baru berniat baik untuk UMNO BN.
“
No comments:
Post a Comment