Isu Perak dengan masalah DUN memang kini terus panas, macam-macam strategi sedang diusahakan untuk memastikan BN mau pun PR dapat menguasai semula DUN ini. Yang jelas, PR ada kelebihan, kerana speaker masih YB Siva, hak dan kuasa beliau untuk menghalang 3 ADUN yang meletakan jawatan masih utuh dan kukuh. Dr. Zambry pula akan menggunakan tipu helah yang licik bagi memastikan kerusi speaker di serahkan ADUN Jelapang, yang dulunya timbalan speaker semasa PR merintah.
Gajah sama gajah bertembong, rakyat lentang lereng dibuatnya. Hari-hari orang ramai cerita pasal politik, UMNO kata UMNO yang betul, dulu kini dan selama-lamanya, tanya orang PR pasti mereka mengatakan dengan tegas dan yakin, tengok lah bagai Prof Undang-undang UIA Sdr. Aziz Bari, hujahnya lengkah dengan fakta khusus berkaitan dengan apa yang berlaku di Perak, siapa yang mencabul Perak, keesahan Kerajaan PR masih utuh, mesyuarat bawah pokok, beliau adalah orang pertama yang mengesahkan mesyuarat tersebut. Yang peliknya hakim dan pakar perundangan dari UMNO yang sentiasa bersedia menjilat apa saja yang di perlukan oleh UMNO.
Hari ini di sahkan semua Ketua Kampong JKKK PR telah pun menerima surat penamatan khidmat sebagai Ketua kampong yang di tt oleh setiap pegawai daerah setiap daerah. pelik juga masa melantik dulu surat lantikan dari pejabat SUK tapi penamatan pula dari pejabat daerah sahaja. Tidak dinyatakan pula apa sebabnya penamatan tugas tersebut hanya ianya adalah keputusan dari mesyuarat Pihak Berkuaa Negeri semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 1576 pada 11 Mac 2009. Tidak pula dinyatakan artikal mana yang digunakan oleh mesyuarat tersebut yang boleh menamatkan perkhidmatan semua ketua kampong tersebut.
Kakitangan kerajaan juga amat takut dan mengikut saja apa yang diarahkan, walaupun sepatutnya mereka bebas kepada siapa yang memerintah dan perlu menggunakan akal yang waras untuk mengambil setiap tindakan, jika arahan yang diteriam tidak berlandaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan perlembagaan sebagai pegangan.
Perak kini terus kucar kacir dan haru hijau di bawah kerajaan rampasan pimpinan mamak 786.
No comments:
Post a Comment