Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 9, 2009

KABINATE YANG CELARU

Kini termakbullah sudah beberpa orang YB untuk menduduki kerusi Menteri dan apakala ada yang baru sudah pasti ada kalangan yang perlu mengosongkan kerusi yang sudah lama di diami, mengosongkan kerusi ini atas beberapa faktor yang diambil kira oleh pihak PM, kerana menjawat jawatan Menteri adalah hak mutlak PM.

Jika dilihat, secara peribadi telahan ramai memang menjadi kenyataan di mana menantu mantan PM tidak disenaraikan dan anak mantan yang dulu di bawa ke kabinate, apakah ini pertanda awal Malaysia akan ada ' senior minister ', itu Allah sahaja yang mengetahui, Ramai kalangan menteri yang selama ini minat dan daya pemikiran seperti Pak Lah di pinggirkan dari kabinate, mungkin ini juga ada kaitan dengan kemasukan Tun M ke dalam UMNO.

Walaupun mereka kalangan yang kalah dalam pemilihan di Perhimpunan Agung tapi kelibat mereka sama seperti DS Najib dan daya stail Tun M maka YB ini mudah untuk dilantik menduduki kerusi di kabinate. Khari nampaknya perlu menunjukkan kemampuan yang luar biasa, elok tarik balik perjuangan untuk menghapuskan PPSMI, ingatlah, PPSMI itu siapa punya, kenapa YB berterusan untuk menentangnya? kini ianya menjadi penghalang untuk YB meneruskan karier dalam politik mungkin juga, peluang untuk terus memimpin pergerakan pemuda tergendala di mana permasalahan yang bertimbun yang sedang di pikul.

Dalam senarai kabinate, Mahyuddin berpotpoliokan Pelajaran, perlantikan ini agak mengejutkan dan sudah pasti ianya seperti memperli kewibawaan YB ini dalam meneruskan kepimpinan dalam politik. Mungkin agaknya Najib meresakan keiklasan Mahyuddin belum dapat diterima 100% .

Walaubagaiman tahniah diucapkan kepada semua yang sanggup meneriam bebanan tugas tersebut, juga didoakan agar tidak menyalahgunakan kuasa serta elakan berkepentingan peribadi.

2 comments:

  1. Salam Cikgu,

    Apa komen 9 million dollars man tak jadi Menteri. Ada ker senang sikit keje kita di Pasir Salak PRU13 nanti?

    Mintak tolong cikgu panjang-panjangkan artikel berikut:

    LAYAKKAH NAJIB DIBERI PELUANG?

    Najib memiliki apa yang tidak ada pada Abdullah, iaitu rekod peribadi yang buruk pada mata rakyat. Abdullah sebaliknya memiliki jolokan ‘Mr. Clean’ yang sebenarnya menderaukan darah rakyat bila kelemahannya terbongkar di puncak Putrajaya.

    Oleh yang demikian, tidak pelik jika Najib bertindak buruk pada rakyat tetapi amat pelik dan memukau jika Najib melakukan benda yang baik-baik. Itulah keuntungan Najib kerana imej yang berkarat'

    Meneliti komen sokongan Kickdefella, seperti petikan di atas membuat saya menilai kembali samaada Najib wajar diberi peluang. Najib Ada kelayakan sebagai pentadbir yang berkebolehan. CVnya begitu menarik. Di permulaan kerjayanya di dalam kabinet Malaysia, dia cemerlang. Kalau saya tidak silap, khidmatnya turut cemerlang sebagai Menteri Besar Pahang di awal kerjaya politiknya dulu. Dia layak membawa perubahan yang di sebut-sebut.

    Selain dari itu apa pilihan yang rakyat Malaysia ada? Merubah kerajaan? Secara logiknya saya berpendapat ini cuma akan berlaku sekiranya proses pendemokrasian Malaysia yang lebih baik berlaku. Kalau pun Pakatan mahu membawa perubahan, Pakatan kena menang pilihanraya. Sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.Kenapa bazirkan masa tersebut. Baik kita gunakan untuk menangani krisis ekonomi yang sedang membungkam negara.

    Najib berpeluang mengubah ke arah Malaysia yang lebih baik sekiranya dia ada iltizam yang kuat. Dia mampu melakukannya sekiranya dia tidak terus bergayut kepada sokongan UMNO yang telah semakin reput. Najib seharusnya percaya bahawa dia akan mendapat sokongan rakyat sekiranya dia mampu membawa perubahan. Akan berbondong-bondong rakyat jelata menyokongnya sekiranya dia bertindak di luar kongkongan UMNO. Majoriti rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat akan menyokong Najib kalau Najib membuat perkara yang betul. Najib tidak perlu kekal dengan perjuangan UMNO yang memperjuangkan ketuanan UMNO bertopengkan ketuanan Melayu. Kedaulatan Rakyat yang perlu...

    baca selanjutnya di http://sitampokmanggis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. pandangan dan idea agak baik, tapi najib perlu membersihkan diri dan kemudian kendali uruskan negera dalam keadaan diri tidak menjadi bahan kritikan, sebab itu di cadangkan beliau ke mahkamah untuk menjawab semua tuduhan dan bersihkan diri. rakyat memerlukan pemimpin yang sentiasa mendekati diri kepada allah dan tahu apa itu dosa dan pahala. tk.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA