Datuk Seri Najib Tun Razak sah kini PM ke 6 untuk Malaysia, pengambil alihan jawatan dari Tun Abdullah amat tragedis sekali, apa tidaknya, sebaik selesai perhimpunan agung UMNO yang lepas, Najib berjawatan Presiden terus hadir sama Tun DM dan mengumumkan untuk kembali ke dalam UMNO. Amat tidak patut sekali tingkah laku Najib, sungguh kurang sopan, Dolah di malu dan di aibkan sebegitu rupa.
Setelah kabinate di bentuk, lagi sekali menantu Pak Lah pula di gugurkan dari senarai, kononnya untuk membaik pulih ketidak percayaan Pemuda waktu ini terhadap UMNO. Malang terus malang.
Ini lah kabinate yang di war-warkan sebagai kabinate rakyat, dan rakyat adalah pilihan utama dalam pemerintahan Najib, betulkan, lihat sahaja, mereka yang kalah dalam pilihanraya ke 12 tempoh hari diberikan laluan untuk meneraju negara. 6 menteri dilantik atas tiket Senator. Termasuk Ketua Wanita dan presiden Gerakan. Apakah ini tanda nak membela rakyat atau pun cuba memastikan UMNO / BN akan terus di tinggalkan oleh rakyat.
Sudah pasti setiap rombakan tidak dapat memuaskan hati setiap individu tapi sekurang-kurangnya meminimaiskan tegoran dan celoteh rakyat yang inginkan pembaharuan sebagaimana yang di war-warkan. Dimana kesejahteraan rakyat dapat dibela jika ramai kalangan menteri yang dilantik telah pun di buang dalam PRU ke12 yang lepas. Ini sudah pasti amat memustahilkan.
No comments:
Post a Comment