Krisis kepimpinan di Perak DR, telah menampakan betapa UMNO, di bawah pimpinan DS Najib yang akan ditabalkan sebagai Presiden UMNO hujung bulan ini memastikan lebih banyak cawangan UMNO di tubuhkan. Kalau dulu-dulu UMNO menubuhkan cawangan di peringkat kampong, pekan kecil, pinggir bandar dan bandar-bandar kini penubuhan cawangan ini di peringkat pejabat-pejabat agensi kerajaan pula, sama ada di pihak swasta mau pun awam.
Untuk meneruskan kepimpinan ini, Najib telah melantik ketua bahagian di semua peringkat kementerian dan agensi kerajaan dengan melantik ketua pengarah selaku ketua bahagian di peringkat pusat, negeri dan daerah-daerah. Sebagai contoh, SPRM - yang di ketuai oleh Dato Ahmad Said, akan mengepali UMNO cawangan SPRM selaku ketua bahagian, kemudian perlu melantik wakil-wakil negeri dan seterusnya di peringkat daerah.
Strategi ini jelas berjaya apakala Pihak Polis juga terlibat, termasuk di Perak, SUK, SU DUN, pihak Mufti juga SPR, mereka kini sedang merencana untuk menyediakan AJK di peringkat masing-masing.
Dengan terbentuknya susunan pengurusan UMNO di semua peringkat, sudah pasti akan menambahkan kesulitan di pihak Pakatan Rakyat untuk meneruskan cita-cita dalam pembentukan negara yang berjiwa rakyat, sebuah negara berkebajikan serta bemotokan kepimpinan berjiwa rakyat.
PR perlu melebih gandakan usaha untuk menghapuskan UMNO ini, semua sudut sudah di bentuk jawatankuasa UMNO. Moga-moga PR berdoa terus untuk memohon pertolongan Allah dalam menangani masalah ini.
No comments:
Post a Comment