Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 8, 2009

PPSMI - UMNO pengkhianat

PPSMI telah tamat satu pusingan, iaitu murid-murid tahun 1 ( darjah 1 ) pada 2003 telah pun menduduki UPSR pada 2008, memang tidak dinafikan tahap pencapaian mereka cukup memberansangkan, peningkatan pencapaian cukup mendadak, pencapaian anak-anak luar bandar meyakinkan, apa lagi yang perlu dipertikaikan. Lihat sahaja murid-murid di sekolah, di mana sahaja mereka berada, bandaraya, bandar, pinggir bandar, kampong hatta di pendalaman sekali pun, di mana terdapatnya penduduk Orang Asli, mereka semua sudah fasih dan mampu bertutur dalam dengan penggunakan Bahasa Inggeris.

Senario ini amat membanggakan, sampaikan ibubapa mereka pula yang perlu menjinjing kamus kehulu ke hilir untuk memastikan tutur bahasa dan persoalan yang diungkapkan oleh anak-anak di jawab dengan kemas dan teratur. Kini puaslah hati Tun Dr. Mahathir, insan yang peka dan sensitif dengan keperluan berbahasa. Apa tidaknya, generasi yang dilahirkan pada tahun 2002 telah membuahkan hasil, pasti anak-anak dari Malaysia yang akan ke luar negera menjadi tumpuan ramai kerana mereka mampu berbahasa Inggeris. Sudah pasti apabila meninggal dunia nanti beliau dapat merapatkan matanya.

Pencapaian, kecemerlangan serta kefasihan bertutur ini hanyalah satu dongengan rupanya, Menteri Pelajaran dengan konco-konconya di Kementerian sentiasa berbincang, bermuafakat serta mengambil keputusan secara ' muafakat ' sebelum keputusan di umumkan kepada rakyat. Tembelang dan buruk perangai ini dapat dihidu oleh rakyat, kerana apakala pelajar-pelajar ini dinaikan ketahap yang lebih tinggi, mereka masih gagal dalam pengusaan Bahasa Inggerisnya, UPSR mendapat 5 A - pastinya cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, tapi sampai ke tingkatan 1, Tingkatan 4, tahap penguasaan bahasa ini amat mendukacitakan.

Para cendiakawan, bijak pandai, ahli bahasa, ( tak kira mereka menganuti parti apa ) semua membantah PPSMI, bantahan ini sejak mula ianya dilaksanakan lagi. Tapi pemerintahan ketika tahun 2002 amat ' kuku besi ' sekali, nasihat dan pandangan rakyat langsung di tolak tepi. Rakyat sabar hinggalah tamat tempoh percubaan iaitu sehingga 6 tahun, di peringkat sekolah rendah. Lantas yang demikian, pada 7 Mac 2009, tercetuslah satu luahan perasaan dari kalangan orang Melayu betapa perlunya PPSMI itu di mansuhkan dari pelaksanaannya.

Ketuanan Melayu, bukan sekadar pada keris sahaja, Orang Melayu dah banyak menggadaikan harta pesakanya untuk kepentingan pembangunan yang dilaung-laungkan oleh Kepimpinan BN yang ditarajui oleh UMNO. Yang tinggal hanyalah ' keris ' dan sedikit kuasa yang ada di parlimen. Ayub pemimpin UMNO fikirkanlah apa yang nak jadi lagi untuk mengecewakan orang-orang kita sendiri, makin ramai orang Melayu yang akan hidup dalam keadaan yang daif dan terseksa. Kita membuat sesuatu dasar bukan memakmurkan bangsa, tapi strageti itu adalah cara mana menghalalkan wang negera dapat di faraidkan kalangan kroni. Biarlah kroni hidup mewah asalkan bangsa dapat tindas.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA