Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 21, 2009

Malaysia Negaraku Permai

Pembentukan Malaysia dari asalnya Tanah Melayu dan akhirnya tergadai Singapura dan kemasukan Negeri-negeri Borneo Utara ( Sabah & Sarawak ), menjadikan gabungan 13 buah negeri - Dari Perlis hingga ke Sabah. Atas dasar kemajuan dan kepentingan politik, ujudlah WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan yang terakhir WP Putra Jaya. Pusat Pentadbiran pula dari Kuala Lumpur kini dengan tesergam ini timbul pula Putra Jaya. Jadilah ianya 14 buah negeri dalam Malaysia.

Walaubagaimana pun, pengurusan pentadiran masih di takut lama, iaitu ianya di perintah oleh asalnya Parti Perikatan ( UMNO, MCA dan MIC ) tapi ini telah di ' upgradekan ' kepada Barisan Nasional ( gabungan 14 buah parti ), serta untuk memastikan kesejahteraan UMNO berpanjangan lahirlah UMNO di Sabah. Atas dasar itu, UMNO Sabah adalah kuda tunggan UMNO untur terus memerintah Malaysia.

Sejah Merdeka, Selepas Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein On, Tun Dr. Mahathir dan la ini DS Abdullah Badawi, keadaan dan kebijaksanaan kepimpinan UMNO sentiasa teruji dengan berbagai-bagai isu yang di cipta oleh mereka sendiri. Walaubagaiman pun tahniah kepada TAR yang membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, Merdekalah Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini memastikan, dari proses perjuangan menuntut kemerdekaan, mengisi kekesongan kemerdekaan, memastikan rakyat hidup selasa melalui kemerdekaan dan kini sampailah masanya untuk menghabiskan harta sepencarian pula.

Jelas kelihatan, sikap dan keangkohan pemimpin ketika ini, tindakan mereka seolah-olah mereka akan memimpin sehingga ke liang lahat, buat apa saja yang difikirkan perluk ' membujur lalu melintang patah '. Tatar cara pemerintah dari bersikap demokrasi ke atokrasi dan kini ianya lebih kepada diktator. Perlembangaan yang di sanjung tidak dijadikan lagi bahan rujukan, sistem kehakiman di belenggu urustadbirnya, perlimen tempat perbincangan dijadikan arena tempat memastikan berdusta, teraju negera tempat perlindungan ( institusi raja ) dijadikan badut yang di jujuk hidung, harta negera di hak milikan untuk kepentingan sanak saudara dan rakan taulan.

Akhirnya, untuk memastikan kelunjuran pemerintahan di adakan undang-undang yang menyebelahi diri sendiri. Pelaksanaan ' double standard ' ada orang bersalah di jatuhkan hukuman, ada yang bersalah hanya di denda. Rupa-rupanya ini lah masa untuk membalas dendam. UMNO kini penoh dengan dendam, apakala aku memerintah aku akan balas dendam apa yang terjadi tempoh hari pada diri ku.

Tidak ada kawan yang kekal, kita lihat sendiri bagaimana Tun Mahathir melanyak Anwar, kini agaknya giliran Ali Rustam dan KJ yang dijangkakan menjadi penghalang kepada Najib, so mereka perlu di rehatkan. Cuba kita lihat bagaimana liciknya ungkapan yang mengatakan kes rasuahadalah kesalahan seriua, sedang kan KJ telah didapati bersalah tapi hanya diberikan amaran, disini seolah-olah KJ diberikan lampu kuning berhati-hatilah jika tidak apakala aku jadi PM nanti, kesalahan dah ada insyallah hukuman akan dijatuhkan jika KJ tidak berhati-hati serta meneruskan kelantangannya semasa Najib menjadi PM nanti.

Kalau Najib sedaya upaya untuk memastikan Perak di ambil semula dengan cara yang sungguh memalukan apakah untuk menyimpan KJ tidak berupaya. kesimpulan dendam akan terus dimainkan dan tindakan akan dilaksanakan sehinggalah ada kalangan mereka yang akan menggantikan Najib pula melaksanakan dendam terhadap Najib.

Negaraku yang permai kini mula bergolak, paksi keujudan sesebuah negara tidak lagi dijadikan tiang asas pembinaan, Perlembagaan di selekehkan, Institusi Raja di perbodohkan, Hakim di cukuk hidungnya, malahan agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR semua bertugas bukan lagi untuk kepentingan negara tapi kepetingan individu tertentu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA