Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 18, 2009

TERKINI - DUN PERAK DR TERUS BERGOLAK

Hari ini YAB DS Ir. Mohd. Niza telah membacakan samanya di mahkamah Tinggi ( Rayuan / Tugas Khas ) berkaitan dengan perlantikan D. Zambry sebagai MB Perak dengan cara yang mengecewakan. Disamping itu juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh YB V. Sivakumar yang juga Speaker DUN Perak telah memutuskan penggantongan kehadiran YB Dato Zambry selama 18 bulan dan 6 EXCOnya selama 12 bulan.

Di Kuala Lumpur, semasa pembacaan saman tersebut, Dr. Zambry di iringi En. Ahmad Kamal bin Mohd Shahid - penasihat undang-undang Negeri Perak, serta En. See Mee Chun pula mewakili Jabatan Peguam Negara dan En. Hafarizam bin Harun sebagai peguam pemerhati untuk BN.

Sehubungan dengan itu, apa nak jadi dengan Negeri Perak, adalah dipohonkan agar Dr. Zambry yang dilantik secara rampasan kuasa dan Ir. Mohd. Niza yang masih lagi MB yang sah mengikut Undang-undang Tubuh Perak Darul Riduan, mengadap tuanku dan mohon sembah derhaka untuk pembubaran DUN Perak, serta kembalikan kuasa-kuasa rakyat untuk Pengurusan Perak. Moga-moga Perak terus aman dan makmor di bawah lindungan dan pemerintahan Tuanku.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA