PWTC adalah lokasi dimana letaknya bangunan UMNO pusat pusat pentadbiran parti induk yang memerintah Malaysia ketika ini. Ini tingkat 38 Bangunan UMNO inilah segala perancangan untuk menentukan kearah mana Malaysia nak di bawa. Kearah mana semua keperluan pembangunan negara perlu di olah dan diagihkan kepada ahli-ahli untuk hidup senang. Dasar-dasar yang perlu diubah suai, kakitangan kerajaan yang perlu di tarik hidungnya. Mungkin ada bilik khas untuk semua ' big boss ' polis, spr, sprm, imegresen dan lain-lain untuk meneria setiap arahan yang akan diberikan, kita yang terakhir juga disediakan bilik-bilik khas untuk pentadbir istana pula.
PWTC vs PUTRAJAYA, hampir semua pegawai tertinggi agensi perkhidmatan awam letaknya di Putrajaya, disamping itu juga Pejabat PM juga di Putra Jaya, bangunan beliau boleh memantau semua ruang pejabat pegawai tertinggi dari semua jabatan. ( hebat otak Mahathir ) belia adalah pereka konsep infrastrutur pembinaan Putrajaya tempoh hari.
Apa tidaknya, pegawai tertinggi ini, walaupun disediakan senarai tugas yang patut dilaksanakan tapi yang menjadi panduan, undang-undang tubuh kerajaan perseketuan dan kerajaan negeri, perlembangaan Malaysia adalah kitab rujukan. Tapi sedih kemampuan dan kebijaksanaan mereka tidak diendahkan, integriti dalam tugas di kikis terus oleh kepimpinan negara, semua mereka diarahkan untuk memastikan bagai meneruskan kepimpinan segelintir pemimpin tertinggi untuk memenuh dan memuaskan hawa nafsu mereka.
Semua agensi ini telah di arahkan membuat kerja cara terpilih, ada yang boleh dan ada pula yang dibekukan. Akhir sekali pejabat SPR, mengikut telunjuk mereka apa kala ' by election ' Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah, perlu diadakan selepasa Perhimpunan Agung UMNO, mungkin kepimpinan UMNO merasakan mereka akan kalah kali ke tiga untuk ' by election ' peringkat parlimen dan pertama peringkat DUN. Menjadi tanda tanya pula apakah kini pengurusan negera di bawah Telunjuk UMNO - kalau ini menjadi kenyataan semasa Najib memerintah nanti kita boleh membayangkan bagaimana coran negera kita kelak.
Kepada pegawai kerajaan, elakkan lah diri dari dipergunakan oleh mereka, bertugaslah untuk masa depan anak-anak kita, negera dan agama, mereka memerlukan suasana yang lebih kondusif dan hidup aman dengan pelbagai kaum. Pihak Istana juga, jadilah penasihat yang jujur dan tidak mengambil jalan mudah mudah untuk menegor mereka, rakyat dah tahu apa yang berlaku pada ketika ini. Adalah lebih baik pihak istana berkecuali dalam urusan pentadbiran dan jadilan penasihat untuk semua pihak.
No comments:
Post a Comment