Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 26, 2009

PIBGN - JUGA KATA PPSMI TAK RELEVAN

Prof: Dato Mohd. Ali bin Hassan, YDP PIBGN ( Permuafakatan Persatuan Ibubapa Guru Nasional ) jug telah memberikan pendapat dan bersedia mengarahkan hampir 8000 ribu lebin PIBG seluruh negar untuk menunjukkan perasaan bagi membantan serta bersama-sama dengan GMP yang diketua oleh A Samad Ismail.

Kita juga mengharapkan GMGBM ( Gabuangan Majlis Guru Besar Malaysia ) dapat mengarahkan semua MGB ( Majlis Guru Besar peringkat negeri dan daerah ) juga menzahirkan rasa perlunya PPSMI ini dimansuhkan. Tapi setakat ini YDPnya Tn Haji Roslan bin Madon masih membisu seribu bahasa, langsung tidak berani mezahirkan pendapat serta kritikan terhadap program ini.

Dari awal lagi ura-ura untuk melaksanakan program ini di bantah oleh semua pihak tapi kuasa PM pada Tun DM pada masa itu, pandangan dan tegoran orang lain tak penting yang penting apa yang aku perlu buat, biarkanlah yang rosak lain yang baik lain, laksana kata pepatah : seperti tikus membaiki labu. Kelemahan ialah penguasaan Bahasa Inggeris ( kelemahan yang dikenal pasti kerana ramai kalangan pegawai melayu gagal dalam berbahasa international ini.

Untuk memperbaiki pengusaan bahasa ajarlah bahasa, apa kelemahan yang ada pada pengurusan mempertingkatkan penguasaan ini: contohnya ditambahkan lagi Guru-Guru Pakar dalam Bahasa Inggeris, Taburan Guru di semak semula, ( sekolah rendah diluar bandar sampai Feb. 2009 ini ) masih adalah sekolah yang tiada berguru Bahasa Inggeris, masalah inilah yang perlu difikirkan. Ada daerah, khususnya di bandar guru-guru ofsyen Bahasa Inggeris, kerana lambakan ramai di bandar mereka mengajara PJ, Seni dan bukannya bidang mereka, kan kah ini di namakan salah guna kuasa olih pentadbiran daerah dan negeri.

Tambahan pula, Kementeria Pelajaran dengan menterinya Ketua Pemuda UMNO yang ghairah dengan merebut kuasa dan asyik mencium keris karat, yang langsung tidak dapat menjiwa hati nurani masyarakat luar bandar. Dalam pendidikan tak boleh buat dulu baru nak kaji. Kita masih ingat dulu ada KBSR hilang entah kemana. Ujud sekolah wawasan, di tempelak orang rakan dalam MCA. Jangan jadikan murid-murid sebagai bahan kajian.

Billion wang telah diperuntukan, menyediakan komputer riba, makmal komputer, LCD, melaksanakan kursus-kursus untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris, diaadakan pula BISP ( elaun khas kepada guru-guru yang mengajar subjek ini ) kesannya kepada guru lain, mereka juga berpenat lelah tidak pula diberikan elaun. mereka juga mengajar subjek kritikal tapi tiada elaun.

Kelantangan suara untuk tidak menerima program ini kerana adanya mainan politik di peringkat kementerian, sejak penilaian pertama PMR sampai kini dan kali ke 4 di tahun 2008, SPM dan dua kali dan UPSR pertama kali, kementerian tak berani melaporkan tahap pencapaian sebenara calon-calon ini yang menduduki peperiksaan tersebut. Apa yang dilaporkan tahap pencapaian cemerlang, cemerlang dan cemerlang. Detailnya tiada. Untuk mengelakan daripada ketidak puasan rakyat ada baiknya, pihak Kem. Pelajaran melaporkan pencapaian sebenar pelajar-pelajar tersebut di setiap peperiksaan yang telah dilalui.

( negeri dan

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA