Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 13, 2009

10 minit Bersama DS NIZA

Kesejukan penghawa dingin di kediaman YAB amat terasa sekali, akhirnya dipohonkan kepada pembantu rumah untuk memperlahankan sedikit kuasa kesejukan penghawa dingin. sambil menatap muka rakan-rakan timbul bebeapa persoalan yang akan diajukan dalam borak-borak bersama YAB halal itu nanti.

Akhirnya yang ditunggu muncul dengan wajah yang berseri-seri, tenang seolah-olah tidak ada apa-apa trajegi terhadapnya, dilaungkan ucapan salam untuk kami dan salam di sambut dan mulalah kami membuka langkah untuk berbicara dengan YAB, hampir semua kami adalah orang baru mengadap beliau kerana selama ini, kepimpinan beliau tidak di curigai, malahan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk bersama-samanya. Tapi sejak Haprak Najib berjaya menakluki pemikiran Sultan Azlan, rasa ingin memberikan tanda sokongan yang tak berbelah bahagi untuk DS Niza begitu meluap sekali.
Wajah raut muka yang tenang dapat pula menyampaikan perbualan dengan meyakinkan sekali. Perbualan banyak pengkhususan kepada peristiwa DS Nisa semasa menyampaian hujjah kenapa DUN perlu dibubarkan kepada DYTM tuanku. Buku perundangan tubuh kerajaan negeri menjadi pegagangan " The Constitution of Monarchy " ianya ditulis sendiri oleh Sultan Azlan, perbualan mereka merujuk kepada muka surat 266 buku tersebut, perkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran di Dewan Undangan Negeri. Penjelasan yang diberikan dalam buku itu yang dituntut oleh DS Niza, penerangan dan pendapat DS Niza di dengari, difahami, dihanyati dan diterima pakai oleh Tuanku, tapi malangnya dalam pemikiran Tuanku, Najibultantuya telah mengarahkah " pecat DS Niza ".

DS Niza juga memaklumkan tidak ada timbal balik dalam perbualan tersebut, dan hanya diakhir perbualan tuanku angka muka dan melapaskan talaq tiga untuk DS Niza. Beta gugurkan jawatan Menteri Besar dari DS. Sebelum meninggalkan Istana YAB, kami di nasihatkan agar meneruskan pejuangan, kepada Ahli Majlis teruskan tugas, kepada Ketua Kampong juga demikian dan teruskan berdoa untuk mendapat restu dari Allah.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA