Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 4, 2011

PKR - PELANCARAN GERAK KERJA PRU13

Langkap 3 Julai : Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PKR untuk Zon Selatan yang di wakili oleh Cabang Tanjong Malim, Tapah, Kampar, Bagan Datoh, Teluk Intan, Pasir Salak, Parit, Kampar dan Lumut, telah sempurna di lancarkan oleh Timbalan Presiden YB Azmin Ali.


YB Azmin bersama-sama peminat dan ahli PKR Pasir Salak memerhati keadaan pesekitaran yang mula di " kerumuni " olej pihak polis. Pihak polis memang tidak membenarkan majlis di adakan di luar bangunan, dan keistemewaan ini tidak dapat diberikan kepada lain-lain parti. Ianya hanya untuk UMNO dan gabungan BN serta NGOs yang mesra dengan UMNO, itu adalah alasan yang diberikan.

Sementara YB Azmin melihat kerenah di bawah, dewan mesyuarat mula di penohi oleh jemputan dan ahli.


Ketua Cabang Hj. Osman Abdul Rahman yang di ramalkan sebagai calun di DUN Sungai Manik memberikan ucapan dan sebahagian jemputan khusus mendengar ucapan tersebut. Pada mula pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat sehingga ke saat akhir di mana persiapan telah dibuat, sepatutnya majlis di adakan di depan pejabat, tapi atas kehendak pihak Polis, majlis di adakan di dewan yang boleh memuatkan kurang dari 200 orang, mereka masih ramai di bawah kerana dalam dewan tidak berapa selesa.



YB Azmin Ali, Sdr. Mohd. Noor Manuty dan YB Yunus turut sama ialah Timbalan Ketua AMK Perak juga bertindak sebagai pengacara majlis di meja utama dan berlatar belakangkan pemidang " Pelancaran Gerak Kerja PR PKR Perak zon Selatan.

Ketua Serikandi menyampaikan deklemasi sajak


Pada mula, pihak anggota polis yang turut sama OCPD, mereka hanya berlegar di jalan besar dan tidak mengindahkan apa yang berlaku cuma seketika menasihatkan Ketua Cabang agar majlis diadakan di dalam dewan. Tapi sebaik sahaja YB Azmin, berucap antara jam 11 ke 11.15 mlm, OCPD bersama anggota yang lain menghampiri pejabat dan akhirnya majlis berjalan seperti biasa tapi dengan pembesar suara yang suaranya tidak keluar dari dalam dewan mesyuarat.




Akhirnya tuan timbalan OCPD memberikan arahan agar semua mereka yang berada di luar dewan perlu bersurai dalam tempoh masa 10 mint sahaja. Antara jam 11.40 kawasan di luar sudah lengang tapi dalam dewan keadaan seperti biasa. YB Azmin meneruskan ucapan.

Walaubagaiman pun majlis tetap di tamatkan jam 12thg malam.

Kumpulan muda India yang hadir sama di majlis pelancaran tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA