Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 4, 2018

ICERD - TAK SESUAI DI MALAYSIA





SUARA TV 
Suara Tanpa Sempadan 
Nur Effy December 2, 2018   
SHAH ALAM –  

Himpunan untuk membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mungkin sudah tidak relevan selepas perdana menteri menegaskan kerajaan tidak akan meratifikasikannya. 

Namun, menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, penganjuran himpunan untuk penegasan isu-isu semasa lain yang membabitkan kepentingan umat Islam adalah relevan dalam suasana umat Islam memerlukan suara siasah yang jelas pada saat ini. 

Kata Mohd Asri, ini kerana umat Islam pada masa kini sangat gusar dengan perkembangan mutakhir ini. 

“Realitinya, umat Islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir. Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman. 

“Pihak lain kelihatan lantang suara mereka menuntut pelbagai hak. Itu pun hak mereka untuk bersuara. Sementara kebanyakan tokoh politik umat Islam dalam kerajaan hanya diam, ataupun kurang bersuara.

 “Apatah lagi ada yang begitu apologetik dengan Islam. 

Maka, biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan majoriti dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tambah Mohd Asri, ramai tokoh politik dalam kerajaan hari ini pernah memperjuangkan perhimpunan aman sebelum menjadi pemerintah, maka perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang janggal untuk pihak lain pula untuk berhimpun secara aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang. 

“Apatah lagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan mereka,” kata beliau. 

Bagaimanapun tegas Mohd Asri, perhimpunan aman yang hendak dilakukan itu boleh dianggap ikhlas dan bertujuan untuk kepentingan umat jika ia bebas daripada slogan kepartian dan tidak berkempen menaikkan parti-parti politik tertentu. 

Kata beliau, ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok dan objektifnya adalah perhimpunan untuk umat, daripada umat dan kepada umat. 

“Saya juga ingin mengingatkan, Islam itu adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan agama. 

“Perhimpunan itu tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam. 

“Seruan Islam ialah mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang cintakan kedamaian. Saya percaya pihak penganjur memahami hal ini. 

“Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai perhimpunan aman itu agar mengamalkan akhlak Islam iaitu tidak memaki-hamun, mencarut, melaungkan ungkapan yang menyanggahi prinsip Islam, mengelakkan tingkah laku yang bercanggah dengan ajaran Islam serta menghormati hak jalan. 

“Demikian juga hendaklah mereka mematuhi arahan pihak keselamatan demi kebaikan negara,” katanya lagi. 

Penganjur himpunan, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sebelum ini menegaskan akan meneruskan himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini, namun ia bertukar format daripada himpunan bantahan kepada himpunan kesyukuran. 

Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yah­ya berkata, pihaknya menjangkakan himpunan tersebut tidak akan menghadapi masalah memandangkan mereka menerima respon positif daripada DBKL dan juga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneruskan himpunan berkenaan. 


Ujarnya, pihaknya kini hanya menunggu kelulusan permohonan permit penganjuran perhimpunan daripada DBKL.  -SuaraTv Posted by Mohd Sulaiman at 1:30 PM 


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA