Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 9, 2018

BELANJAWAN 2019 MEYAKINKAN PELABUR ASING TANAM MODAL


Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu mula diyakini pelabur asing. Misalnya, dalam tempoh 24 jam pelabur dari Singapura mengumumkan akan menanam modal dalam arena sukan elektronik atau e-sukan dan mendapat peruntukan khas dalam belanjawan untuk dimajukan. Begitu juga sektor ekonomi sedia ada, industri dan perkhidmatan.
Seorang pelabur asing yang mempunyai kilang di Sungai Buloh, Selangor, Jameson Tan memberitahu Suara pakatan daily, belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi.
“Belanjawan 2019 merupakan perancangan kewangan yang bijak dan saya yakin ia akan berjaya memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
“Yang penting tiada cukai membebankan dan golongan yang kurang berada akan mendapat bantuan yang diperlukan,” kata Jameson .
Tambahnya, belanjawan itu juga tidak membebankan pihak industri yang pastinya akan menarik lebih ramai pelabur asing kembali selepas kemusnahan integriti kerajaan terdahulu.
Pelabur juga, katanya, menyambut baik penumpuan tepat yang diberikan kerajaan PH iaitu memberi peruntukan terbesar kepada sektor pendidikan.
“Peruntukan terbanyak untuk Kementerian Pendidikan (RM60.2 bilion) menunjukkan fokus kerajaan tepat. Sebab pendidikan akan menghasilkan rakyat yang berkualiti untuk masa depan negara. Saya perhatikan semua sektor diberi peruntukan sewajarnya dan rakyat di Sabah serta Sarawak juga tidak dipinggirkan,” katanya lagi.
Bagi mekanisme subsidi bahan api, Jameson mencadangkan agar ianya diurus teliti dan tidak menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat serta peniaga sektor berkenaan.
“Saya ingin mengulas berkenaan subsidi petrol RON95 untuk kereta dan motorsikal. Perlaksaan mekanisme ini mungkin dilanda masalah kalau tidak dilaksanakan dengan sempurna.
“Saya mencadangkan di setiap stesen minyak, pam nombor 1 hingga 5 dikhaskan untuk minyak RON95 yang disubsidikan supaya pembeli yang layak akan pergi ke pam tersebut. Kalau tidak, mungkin akan timbul kekecohan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau agak bimbang melihat sikap pembangkang di Dewan Rakyat dan selepas sesi pembentangan belanjawan yang tidak mengulas angka-angka, sebaiknya lebih senang bersikap prejudis dan mengumumkan belanjawan tersebut akan gagal.
“Apa yang menarik perhatian saya semasa menyaksikan pembentangan Belanjawan 2019 ialah kelakuan pihak pembangkang yang langsung tidak profesional dalam Dewan Rakyat.
“Bekas Perdana Menteri Najib Razak dan lain-lain pihak dari BN juga telah memberi komen yang bebal mengenai belanjawan tersebut. Mereka tidak berhak memberi komen sekarang kerana tindakan mereka telah merosakkan ekonomi sebelum ini.
“Juga komen Najib, Kerajaan PH tidak wajar menggunakan dana dari Petronas adalah satu komen yang bodoh sebab punca masalah ekonomi adalah penyelewengan ang berlaku di 1MDB semasa beliau menjadi PM dan Menteri Kewangan.
“Jika Kerajaan PH tidak boleh mengambil wang dari Petronas, dari manakah pula hendak mendapat wang?” tanya Jameson yang berharap pihak media tidak lagi memberi ruang kepada Najib untuk membuat ulasan kerana isinya tidak relevan.
on: 


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA