Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 8, 2017

US TERBAKAR - AMARAN UNTUK TRUMP


KEBAKARAN besar yang berlaku di California, Amerika Syarikat sudah merebak sampai ke Los Angeles. New York Times melaporkan, kepulan asap tebal, api yang menjulang tinggi, dan kebakaran yang pantas merebak telah melanda satu daripada bandar-bandar utama Amerika Syarikat pada hari rabu.

Ketika api marak di luar kawalan melintasi Selatan California, satu lagi kebakaran baru telah meletus, di Bel-Air sebuah daerah kejiranan Los Angeles, berdekatan dengan mercu tanda terkenal seperti Kampus U.C.L.A dan Muzeum Getty yang menempatkan lukisan-lukisan lama dan patung-patung Rom purba.

Los Angeles terbakar

Api dilapor telah meranapkan kawasan sepanjang laluan 405 Freeway, sebuah lebuhraya paling sibuk di negara itu yang dilalui lebih 400,000 buah kenderaan setiap hari. Di mana laluan bahagian utara seringkali ditutup, dan orang ramai memandu kenderaan sambil dihujani debu-debu kebakaran dan bara-bara api yang berterbangan

Los Angeles terbakar

Sekitar 40 batu ke arah barat daya, kebakaran besar masih berlanjutan dan setakat ini telah memusnahkan lebih 90,000 ekar kawasan pada malam khamis, dan sekurang-kurangnya 150 binaan kata sumber pihak bomba.

Kemaraan api yang baru ini telah memaksa hampir 200,000 penduduk di Los Angeles dan kawasan Ventura dipindahkan. Tiupan angin kencang dijangka akan memburukkan lagi keadaan.

Sumber — New York Times

Los Angeles terbakar

Read more: http://www.milosuam.net/2017/12/kebakaran-besar-california-sudah.html#ixzz50aPw7D8d

1 comment:

  1. Trump ini sahabat karib siapa, ya? Ingatlah bahawa insiden seharusnya kita lihat dari konteks sebahagian janji Allah SWT kepada mana-mana pihak yang cuba "BERMAIN API". Saya nak ingatkan perkara ini juga kepada KAWAN kepada SAHABT Trump yang perasan suci itu. Ingat, JANGAN BERMAIN API.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA