Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 26, 2017

PKR & PAS MULAKAN RUNDNGAN AGIHAN KERUSI....

Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi


Azmin bersama exco Pas Selangor
 Bagi aku, Pemimpin PAS yg nak terjun kepada PKR, 6 orang ker.. 10 orang ker..itu urusan PKR lah.. tapi kalau depa nak bertanding, bagi lah kerusi yg PKR ada.. kerusi yang dimenangi PAS pada PRU 13 adalah kerusi yg sepatut ditandingi Amanah..

Aku mintak pemimpin Amanah dan PH jangan masuk perangkap Azmin, sebab cerita dongeng adun PAS nak join PKR ni rencana sulit kartel Azmin bagi mengekal kerusi MB dan kuasa kartel mereka sendiri.. depa sedang ligat siang malam dok berfikir mcm mana Azmin harus kekal di kerusi MB.. sama lah rundingan sulit dia masa ketepikan Wan azizah sebagai MB Selangor dulu.. benarkah Hj Hadi merundingi Azmin, atau Kartel azmin yg merundingi Hj Hadi pada ketika itu..

 Andai Azmin merundingi kerusi yg sepatut jadi kuota Amanah, aku minta Amanah langgar semua kerusi ini.. ini soal prinsip..tiada rundingan dgn mana2 pemimpin PAS.. bagi aku bab langgar melanggar ni takda masalah.. PAS biasa langgar kerusi PKR di Kota Damansara.. dan PKR sendiri biasa langgar kerusi PSM di Semenyih.. PKR dan DAP sama sama langgar kerusi mereka di Sarawak..tidak ada sebarang rundingan sulit dan bersendiri tanpa persetujuan semua rakan Pakatan Harapan..

 aku sekali lagi ulang, apa yg aku tulis pada bulan Mei yg lepas...

 Apa kemungkinan politik licik Azmin.. ya, yg ni pemimpin Amanah dan DAP perlu berhati hati.. untuk pengetahuan, jika berlaku PRU 14, 8 dari 15 Kerusi PAS boleh di menangi Amanah jika pun ada pertandingan 3 Penjuru terutama kawasan Bandar,.. apa ukuran dia ? Ukuran dia keputusan Kota Damansara..apa yg mungkin di rancang kartel Azmin ?

 Rancangan mereka memujuk sekurang2nya 8 Adun PAS bertanding atas tiket PKR di kerusi selamat, apa tujuan nya.. dah tentu atas tujuan dan Politik Peribadi Azmin, dia perlukan suara yg cukup untuk kekal sebagai MB selepas PRU 14..

Azmin boleh kawal calon dari PKR, tapi tidak Amanah dan DAP.. bayangkan 8 kerusi ini ditandingi Amanah.. dah tentu kerusi MB dia juga terjejas.. dan Amanah perlu tumpukan 8 kawasan ini termasuk kawasan 3 Exco PAS.. biarpun Amanah hanya bertanding hanya 8 kerusi, biar lah kerusi yg ditandingi itu sedikit.. baki nya serah kepada Bersatu, jgn terlalu ghairah dan tamak.. fokus kan pada keursi2 tertentu.. 

 Jika ini yg dirancang Azmin, agak2 apa nasib Azmin.. disinilah aku sokong kenyataan Saifuddin Nasution.. PKR akan kekal pertahankan kerusi dia, bagi aku kenyataan itu tepat.. ia sebagai satu Signal untuk Amanah pun fokus dan bertegas bertanding semua kerusi di menangi PAS.. Jika Azmin teruskan rancangan licik ini, Nasihat aku kepada Amanah.. ketika ini kamu langgar semua Kerusi yg dirundingkan Azmin dgn PAS.. 

 dan ramalan aku, jika rancangan licik kartel Azmin ini benar2 berlaku.. Azmin sendiri akan kalah di kerusinya sendiri, jadi tak perlu lah takut, dan Selangor juga akan tumbang.. dan jika itu yg direncana Azmin, bagi aku itu keputusan yg terbaik sebagai pengajaran berguna.. tolak sebarang Kepentingan dan cita2 peribadi dalam Pakatan Harapan... :)

Nota : Sumber PAS Selangor memaklumkan kira-kira 10 dari 13 Adun (ahli Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS yang ada sekarang terutama selepas peralihan kepimpinan di Selangor.

Sumber itu berkata, mereka telah cuba beberapa kali untuk mengubah sikap pemimpin PAS pusat agar sedia bekerjasama dengan PH dalam PRU14 nanti, namun tidak berjaya.

“Adun PAS pernah bertemu dengan Mursyidul Am PAS (Hashim Jasin) tidak sampai sebulan yang lalu bagi membincangkan perkara ini, namun beliau tidak dapat memberikan penjelasan yang baik mengenainya," kata sumber itu.
Sumber itu berkata, Merdeka Centre pernah membentangkan kajian mengenai kedudukan PAS di Selangor.

 Menurut kajian itu, PAS berpeluang mengekalkan kira-kira tujuh dari 15 kerusi negeri yang dimenangi dalam PRU13 dalam pilihan raya akan datang jika bertanding satu lawan satu dengan calon BN.

 Namun jika berlaku pertandingan tiga penjuru dengan PH dan BN, PAS hanya mampu menang satu kerusi sahaja iaitu Bangi. ~ sumber

1 comment:

  1. Setuju, tuan. Saya juga berpendapat bahawa Amanah perlu bertegas. Kita tidak mahu ada petualang dalam Pakatan Harapan.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA