Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 29, 2017

PDRM - JUGA PEMINAT DADAH

SERAMAI 25 peratus anggota polis dilapor menyalah gunakan dadah, dan mereka telah mengambil dadah sejak sebelum menyertai pasukan polis lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Seri Abd Rahim Hanafi ( GAMBAR BAWAH )  Pengarah jabatan integriti dan pematuhan standard di mana kajian itu telah dijalankan oleh pejabatnya.

Abd Rahim Hanafi

Susulan itu difahamkan pihak polis akan membuat ujian sampel rambut kepada bakal polis yang direkrut bagi mengelakkan individu menyalah gunakan dadah diterima masuk sebagai anggota.

Tindakan itu kata Abd Rahim bagi memastikan tiada Lagi penagih dadah diterima ke dalam pasukan polis di masa hadapan.

Katanya lagi, ujian sampel rambut akan mendedahkan garis masa bilakah anggota polis terlibat dengan dadah.

"Sejak 2010, 2,738 anggota polis didapati terlibat dengan dadah, sebab itulah kita perlu untuk menjalankan kaedah ujian terbaru ini," katanya.

Selain menyalah gunakan dadah, kata Abd Rahim kajian juga menunjukkan bahawa lebih 10,000 anggota polis terperangkap dalam hutang yang serius.

Kata beliau, secara purata 60 peratus daripada gaji anggota polis ini terpaksa membayar hutang-hutang mereka.

"Mulai tahun hadapan, kita akan mengarahkan anggota polis untuk mengambil pinjaman hanya daripada koperasi kami," katanya.

*** Arahkan anggota polis pinjam dengan koperasi tak selesaikan masalah hutang mereka. Kalau betul nak bantu, naikkan gaji polis!



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA