Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 10, 2017

MENGHINA NAJIB, IS3 PEGUAM NEGARA DI SIASAT....

Wakil Umno tuntut isteri Apandi disiasat @ Menghina DS Najib. Wakil Umno tuntut isteri Apandi disiasat  JANGAN BUAT PERKARA JAHAT DAN MUNGKAR KALAU TIDAK MAHU DIHINA          

Wakil Umno tuntut isteri Apandi disiasat Hari ini, 11:53 am     Hari ini, 12:41 pm 




Cari sampai lubang cacing - itu tuntutan dan desakan seorang perwakilan Umno buat pihak berkuasa supaya mereka menyiasat pemilik portal berita The Malaysian Insight (TMI). 


Berucap semasa membahaskan usul pendidikan dan agama, wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata TMI didakwanya giat menyerang kepimpinan Umno terutama presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak. 



Memetik dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Nashrol berkata TMI dimiliki Puan Sri Faridah Begum K A Abdul Kader. 



Untuk rekod Faridah Begum ialah kakak kepada Ketua Pengarang TMI, Jahabar Saddiq, juga isteri kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. 



"Kami perwakilan mahu pihak berwajib siasat siapa Faridah Begum ni.



 "Malaysian Insight (TMI) yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita. image: https://i.malaysiakini.com/1192/eeeae709bcb9383db818f4609ced2005.jpeg






 "Pihak berwajib jangan biarkan ini berlaku. Cari sampai lubang cacing," katanya dengan penuh bersemangat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun Mohd Nashrol (gambar) tidak menyatakan dengan lebih lanjut kenyataan itu atau bagaimana TMI menyerang Najib dan Umno.


Umno mengadakan persidangan tahunannya mulai Khamis lalu dan bakal berakhir hari ini. 


Semalam isu berkaitan TMI turut dibangkitkan. Perwakilan Johor, Haliza Abdullah, menceritakan bagaimana portal berita berkenaan - ketika itu dikenali sebagai The Malaysian Insider - disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 



Haliza juga menyebut beberapa portal lain termasuk Malaysiakini. 



Daripada ucapan itu tidak dapat dipastikan sama ada dia menyarankan portal berita yang bersikap kritikal kepada pembangkang dikenakan tindakan oleh SKMM. 



Mohd Nashrol berkata pihak berkuasa perlu bertindak dan jangan membiarkan TMI menghina pemimpin Umno.



 Sementara itu Jahabar ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberi sebarang komen. Portal ini turut cuba mendapatkan kenyataan daripada Apandi. 


1 comment:

  1. Sebutan pandi dalam bahasa tamil, jika diterjemahkan dalam bahasa melayu ialah babi. Sekian dimaklumkan.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA