Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 15, 2017

DAP SETUJU MUSLIMAH BERHIJAB




GEORGE TOWN, 14 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan dasar yang melarang pekerja wanita beragama Islam yang ditugaskan di perkhidmatan pelanggan daripada memakai tudung, kata Persatuan Hotel Malaysia (Malaysia) cawangan negeri itu, hari ini.

 Presiden MAH Pulau Pinang, Khoo Boo Lim berkata Guan Eng sendiri telah menghubungi beliau bagi menyatakan bantahan yang secara khususnya merujuk kepada kenyataan Presiden MAH, Samuel Cheah Swee Hee berhubung isu itu. 

“Ketua Menteri menyatakan kekecewaannya dengan kenyataan tersebut yang dianggapnya bersifat diskriminasi dan penyalahgunaan hak asasi pekerja wanita Islam untuk memakai pakaian pilihan mereka. 

“Ketua Menteri juga anggap larangan berbentuk diskriminasi itu tidak ada kaitan dengan prestasi pekerja,” katanya,” kata Boo Lim, seperti dilaporkan Malaysiakini.

 Justeru itu, katanya, wanita Islam yang bekerja di hotel di Pulau Pinang tidak akan dilarang daripada memakai tudung. 

“Hotel di Pulau Pinang terbuka dan mengalu-alukan wanita Islam yang bekerja di hotel kami yang ingin memakai tudung,” katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini. 

MAH bagaimana pun mempertahankan tindakan larangan tersebut sambil menegaskan ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa. 

“Kita tidak boleh gunakan ayat diskriminasi (isu larangan tudung). Ia kerana syarikat ada polisi masing-masing. Jadi, ada banyak hotel juga menerima mereka yang berhijab. 

“Ia lebih kepada polisi dan SOP yang digunakan hotel di seluruh dunia. Ia bukan (Islamofobia) kerana sudah dibuat sejak awal lagi. Jadi, mereka ada SOP,” kata presiden MAH, seperti dilaporkan media. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam kenyataan hari ini berkata, beliau bersedia menawarkan bantuan guaman kepada pekerja wanita yang terjejas berikutan dasar larangan tersebut. 

“Jika perlu menyelesaikannya di mahkamah, saya bagi pihak DAP, sedia menawarkan bantuan guaman kepada mereka yang terjejas akibat larangan itu. 

“Saya sedia membantu jika mereka yang terlibat mahu mencabar kesahihan larangan tersebut di mahkamah,” katanya yang juga peguam dan Timbalan Pengerusi DAP.  – Roketkini.com

2 comments:

  1. Nak bodek undi ker???

    ReplyDelete
  2. DAP tak akan memusuhi Islam yang diperjuangkan oleh PAS kalau PAS sekadar ajak orang solat, tutup aurat dan jauhi maksiat. Tetapi apabila PAS ingin mendaulatkan Islam dengan kuasa, di situlah DAP menampakkan kehaprakkannya.

    DAP kononnya membela hak muslimah untuk tertudung. Tapi apabila PAS perjuangkan hudud dan ingin memperkasakan mahkamah syariah melalui RUU355, DAP mula kehisteriaan. Andai jujur DAP kata tiada halangan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dalam kes tudung tadi, apakah DAP tak sedar bahawa hudud dan RUU355 itu juga hak umat Islam mengamalkan ajaran agama mereka?

    Suatu ketika di awal pembentukan Pakatan Rakyat, DAP boleh terima agenda Islam PAS. Alih-alih apabila keluar hantu jerangkung yang bernama PasMa dan GHB, DAP sudah mula pandai dan berani mempertikaikan hak umat Islam. Apalagi kini apabila PAN asyik kedepan dalam mempertahankan setiap tindakan DAP, makin beranilah mereka. Pemuka PAN dan Wan Ji siap menggunakan hujah-hujah agama demi mempertahankan DAP. Sebagai contohnya, kita telah sama-sama saksikan bagaimana mereka mempertahankan Oktoberfest?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA