Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 9, 2017

UMNO - PAS KE MEJA RUDINGAN UTK UG







TINDAKAN Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed menerima borang permohonan menyertai Umno daripada ahli PAS mengguris hati pimpinan parti itu.




 Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau berasa dukacita dengan tindakan itu. 

Jadi atau tak nak bergabung, tanya Pemuda PAS kepada Umno 



"Saya berasa dukacita dengan sikap Tokpa (Mustapa) yang menerima borang ahli PAS masuk Umno di kampung saya. 


"Sepatutnya dalam situasi PAS dan Umno nak bergabung (katanya Annuar Musa lah) benda- benda begini tak sepatutnya berlaku. Fokus sahaja kepada usaha penggabungan. 


"Ke Tokpa (Mustapa) tak percaya kepada ketua penerangan Umno? Jadi ke dok nak bergabung ni?" tanya Fadhli dalam satu catatan di Facebooknya bagi melahirkan perasaan dukacita itu. 


Semalam Berita Harian melaporkan yang 50 ahli PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Pasir Mas menyertai Umno.


 Ia berlaku di kampung Fadli yang juga ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu. 


Sebelum ini, Annuar Musa dilaporkan berkata, PAS dan Umno mempunyai DNA yang sama yang menyebabkan kedua-dua akan bekerjasama. 


Annuar berkata, "Oleh kerana PAS itu daripada DNA yang sama maka saya berkeyakinan dia ada titik pertemuan."


 "Ia tidak bermakna PAS masuk Umno, Umno masuk PAS, tidak bermakna PAS semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)...tetapi titik-titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting. Atas dasar itu saya meramalkan akan terbentuk kerjasama yang lebih kukuh dari masa ke semasa antara Umno dan PAS. 


"Tunggulah beberapa minggu, beberapa bulan lagi bila pilihan raya semakin dekat saya percaya antara pucuk pimpinan PAS dan Umno selagi mana titik kebersamaan dan taawun itu ada, akan ada pengumuman yang seharusnya menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan4All, di Balik Pulau, 3 Oktober lalu.

1 comment:

  1. Inilah bukti2 CAHAYA semakin mesra kpd kita semua, krn kedua2 belah pehak sudah saling membuka rahsia GELAP GELAP GELAP dan GELAP masing2 dan mnjd terang ddlm CAHAYA yg dpt disaksikan oleh rkyat jelata, syabass..

    Sentiasa lah berniat utk suburkan raikan dan war2 kan obor CAHAYA yg sgt2 bertenaga ddlm diri kita serta ddlm zuriat2 anak cucu cicit kita semua..

    Krn CAHAYA itu SATU dan dr yg maha2SATU, ibarat CAHAYA mentari yg menerangi semua dan sgl2nya tanpa sedikit pun bias prejudis trhdp kaum bangsa mau pun agama.. krn CAHAYA itu adalah CAHAYA dan CAHAYA itu tidak pernah bias dan prejudis, krn hakikat CAHAYA itu sentiasa indah luhur LURUS telus tembus lg KUDUS bersinar2 disepanjang zaman, dan itulah CAHAYA ddlm jiwa nabi2 dan wali2NYA..

    Manakala ddlm GELAP itu pula sgl onar fitnah rompakan rasuah konspirasi pmbunuhan yg barbarick serta sgl ibu skandal berlaku bebas dan berleluasa..

    Hanya dan hanya CAHAYA ddlm diri kita dan ddlm generasi anak cucu cicit kita ini shj yg pasti lg PASTI dpt menerangi KEGELAPAN itu mnjd BERCAHAYA kembali..

    Terangilah generasi ini dgn CAHAYA Integrity Transarency Merit Amanah LURUS telus dan tembus..demi Kaseh Sayang abadi dan azali dari ILAHI yg dibawa oleh seluruh nabi2 dan wali2NYA itu..

    Yg GELAP akan lenyap dgn sendirinya apb CAHAYA yg terang mula memancar ddlm generasi kita ini krn CAHAYA itu TENAGA nya sgt "aktif" manakala yg GELAP itu lemah lg pasif!

    Subur raikan dan war2 kan semarak CAHAYA ddlm jiwa kita serta seluruh genarasi kita ini..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA