Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 31, 2017

SHAFIE APDAL TERUS MELAWAN.........

Oleh BORNEOTODAY


KOTA KINABALU: Segala cabaran yang semakin memuncak bakal diharungi Shafie Apdal, dengan kedatangan pilihan raya, namun beliau sama sekali tidak gentar menghadapinya.

“Mereka boleh ikat kaki dan tangan saya, malah menutup mulut ku tetapi saya akan tetap lawan,” katanya sebaik sahaja menunaikan solat Jumaat selepas dibebaskan dengan ikat jamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Setelah menandatangani dokumen dan lain-lain kertas kerja di pejabat SPRM, beliau terus ke kediamannya di Taman Golf View Bundusan di mana sekumpulan pemberita sedang menunggu tetapi Shafie meminta sedikit masa terlebih dahulu untuk bersembahyang di masjid berhampiran.                                                                                                                       
Apabila bercakap dengan media, Shafie berkata beliau sudah menjangka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran berikutan tindakan untuk meninggalkan Umno bagi menerajui parti pembangkang di Sabah.Tambahnya, beliau tahu siapa mereka semua yang bertanggungjawab untuk memperlekehkannya dengan pelbagai tuduhan.
Penyokong Warisan diluar karangan Makhamah Kota Kinabalu pada Jumaat lepas 
sedang menunggu Shafie dibebas.


“Agaknya berapa banyak syarikat milik Musa?”“Jutaan ringgit dikesan dalam bank akaun orang lain. Berapa banyak yang mereka temui dalam akaun saya?” katanya.Shafie, dibebaskan ikat jamin RM100,000 hari ini dengan deposit RM80,000 dibayar dua penjamin.Beliau berjanji akan mendedahkan maklumat tentang Ketua Menteri Sabah apabila kembali bersidang di parlimen.“Saya tidak akan bercakap tentang apa-apa sekarang. Saya akan mendedahkannya di parlimen. Itulah tempatnya,” beliau memberitahu pemberita.

Shafie bersedia membantu SPRM dalam siasatan mereka kerana beliau juga ingin tahu perkara sebenar tentang dakwaan penyelewengan dana untuk projek luar bandar di Sabah. Malah, beliau membayangkan keputusannya nanti mungkin tidak disenangi oleh individu-individu tertentu.

“Saya akan bercakap di tempat dan masa yang tepat,” ujarnya sambil berkata beliau akan membangkitkan pelbagai isu ketika sesi membahas bajet di parlimen.
Menurut Shafie, beliau perlu berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum menghadiri sesi parlimen yang kini sedang bersidang.
Katanya pihak pembangkang ingin beliau bercakap selepas Wan Azizah Wan Ismail.
“Mungkin kelihatan sihat tetapi tekanan darah saya tidak stabil dan saya juga perlukan terapi untuk pergelangan kaki kanan yang sering menimbulkan masalah,” katanya. Shafie telah menjalani pembedahan untuk pergelangan kaki kanan sebanyak lima kali.
Beliau mengaku berat badannya turun kerana terpaksa tidur di atas lantai sejuk selama enam malam tetapi baginya ia bukan perkara luar biasa kerana pernah menginap di rumah panjang ketika membuat lawatan kerja ke kawasan pedalaman Sarawak.
Shafie berkata akan menziarahi kubur ibu bapanya di Semporna dan selepas itu berjumpa dengan penyokong dan ahli Warisan di sana.
Ahli parlimen Semporna itu berkata tahanan remannya selama lapan hari oleh SPRM untuk membantu siasatan mereka tidak sedikit pun melumpuhkan semangat dalam perjuangan politiknya.
“Malah, ia membuat saya lebih nekad untuk berusaha memperbetulkan semua yang salah di Sabah, dan percayalah ada banyak perkara yang tidak betul. Untuk mengembalikan Sabah ke arah yang betul, kita mesti gantikan kerajaan Umno-BN yang ada sekarang.
“Mereka akan melemparkan apa sahaja tuduhan terhadap saya tanpa henti. Tetapi saya juga tidak akan berhenti berjuang.”
“Namun, menahan saya pada hari ulang tahun saya (Shafie menyambut harijadinya ke-60 pada 20 Oktober, hari pertama tahanan temannya) adalah keterlaluan. Mengancam keluarga saya dengan penahanan, buat apa?”
Beliau mengingatkan bahawa (Dr) Mahathir Mohamad pernah dipenjarakan tetapi akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Katanya, di Sabah pun pernah ada pemimpin yang menghadapi pelbagai rintangan pada peringkat awal penubuhan parti mereka (seperti Berjaya dalam era USNO, dan PBS ketika Berjaya masih memerintah).
Menurut Shafie dia amat terkejut dengan sokongan rakyat terhadapnya selama dia ditahan kerana ia satu petunjuk bahawa rakyat Sabah semakin bersatu untuk melawan rasuah dan kezaliman.
Beliau berkata dia tidak meminta orang dari semua pelusuk Sabah untuk datang ke mahkamah “tetapi mereka tetap datang juga. Saya tidak tahu di mana mereka menginap tetapi saya berterimakasih atas sokongan mereka.”
“Terima kasih semua kerana menderma – RM102,659.50 – untuk ikat jamin dan bayaran guaman saya. Saya difahamkan wang didermakan oleh rakyat pelbagai kaum – Cina, India, Kadazan Dusun, Brunei, Suluk, Bajau dan sebagainya. Saya sangat terharu atas sokongan yang diberikan.”

2 comments:

  1. UMNO telah menjolok sarang tabuan, tidak lama lagi UMNO akan menjadi mendiang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebuan apa? Mendiang apa? Dekat2 nak PRU nanti dapat beras, milo, tepung, susu semua pakat2 undi parti komponen BN. Kekal la hidup dlm miskin lagi sepenggal. Kira punya kira, rupa2nya sabah ni dah berpuluh tahun miskin dan dibodohkan org malaya. Lantak korang la sabahan oii.

      Delete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA