Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 17, 2017

PRU 14 KEMANA ARAH GENERASI MUDA?

 

Sejumlah 57% pengundi muda percaya yang hala tuju Malaysia salah, sentimen yang berdasarkan pandangan mereka terhadap situasi kewangan peribadi, lapor kajian Merdeka Center.

Kajian yang melibatkan 604 responden itu mendapati isu kos sara hidup adalah kebimbangan terbesar bagi pengundi dalam kumpulan umur 21-30 dan ia memberi kesan kepada pandangan mereka terhadap prestasi kerajaan pemerintah.
“Sama ada mereka pengundi, bukan pengundi, bandar atau luar bandar, sentimen hampir sama.

Sejumlah 57% pengundi muda percaya yang hala tuju Malaysia salah, sentimen yang berdasarkan pandangan mereka terhadap situasi kewangan peribadi, lapor kajian Merdeka Center.
“Tetapi kami dapati dalam responden Cina, sentimen itu lebih negatif berbanding orang lain. Ada perasaan tidak puas hati tentang situasi semasa,” kata Pengarah Program Ibrahim Suffian yang juga merupakan pengasas bersama Merdeka Center malam tadi.
“Daripada 57% mereka yang percaya negara dalam hala tuju yang salah, separuh memetik soal kebimbangan ekonomi,” katanya.
Daripada tiga kumpulan etnik terbesar negara, 67% pengundi muda Cina merasakan negara berada dalam hala tuju yang salah, diikuti India (60%) dan Melayu (54%).
Antara kebimbangan ekonomi itu adalah situasi ekonomi yang tidak disukai, peningkatan kos sara hidup atau inflasi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan ringgit dan pengangguran atau peluang kerja terhad.
“Bagi 32% yang mengatakan negara berada pada hala tuju yang tepat, kebanyakan mereka menggunakan alasan pembangunan zahir, infrastruktur seperti pengangkutan. Jadi tiada keraguan yang mereka sedar tentang MRT dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan,” kata Ibrahim.
Enam kebimbangan utama pengundi muda adalah ekonomi (74.2%), sosial dan keselamatan awam (3.1%), isu perkauman (2.5%), korupsi (2.3%), politik (1.2%) dan pentadbiran (1%).
“Belia sibuk bekerja dan belajar dan suku daripada mereka (responden) merasakan mengundi tidak akan mengubah apa-apa.
“Jadi kesimpulannya, kajian mendapati yang wujud jurang antara pengundi dan proses (pengundian) dalam erti kata merasakan diperkasa (melalui undi), serta terlibat dalam proses politik tidak semestinya membawa kepada perubahan yang dihajati mereka,” tambahnya.
Kajian itu juga mendedahkan 57% pengundi muda luar bandar bimbangkan inflasi berbanding 48% pengundi muda bandar. Kajian dilakukan di 165 kawasan Parlimen di 12 negeri Semenanjung Malaysia bermula pada 3 hingga 8 Ogos lalu. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA