Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 3, 2017

SAH PAS - PH TIDAK ADA RUNDINGAN LAGI.



Tidak ada kerjasama PAS - PH; Pinggan tak retak, nasi tak dingin Oleh Wartawan BO -29/08/2017   



Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya umum ke 14 (PRU 14) dan bersedia untuk bertanding tiga penjuru bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahkan ia sudah diramalkan. 



2. Tidak ada sesuatu yang pelik dengan keputusan terbaharu PH kerana PAS tidak mempunyai apa-apa hubungan politik dengan PH. Maka terpulang kepada PH untuk membuat apa juga keputusan terhadap PAS. Ahli-ahli PAS juga telah diberi taklimat untuk bersedia menghadapi ‘peperangan’ tiga penjuru, dengan BN dan dengan PH di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). 



3. Saya menganggap keputusan itu hanya sekadar menambah penegasan daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Parti-parti dalam Pakatan Harapan selain PKR telah bersedia dengan keputusan itu, bahkan gembira dengan pengumuman itu. Mungkin hanya sebahagian pemimpin PKR gelisah dengan keputusan itu, kerana impaknya pasti terasa khususnya di negeri Selangor. 



4. Ia memberi petunjuk kepada sebahagian dari mereka yang boleh dibaca adalah; tanpa PAS sukar buat PH memenangi Putrajaya. Mungkin mereka memahami bahawa tanpa PAS, Selangor pasti tumbang di tangan BN jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Bagi golongan yang memandang rendah kepada PAS, mereka kini sudah mula rasai kekalutan bahawa peranan PAS sebagai ‘king maker’ begitu dirasai. Sudah ada yang mula merayu, dan bersimpuh menagih simpati dengan PAS sebelum PRU ke 14 lagi. 



5. Kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati BN akan tewas di peringkat persekutuan dan hilang lapan negeri jika Pakatan harapan (PH) dan PAS bekerjasama mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN di semua kerusi Parlimen dan DUN. Kajian itu menunjukkan bahawa PH bakal mendapat sejumlah 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan PH jika semua parti bergabung menentang BN. 



6. Kenyataan ini boleh disangkal dengan kajian lain terutama oleh YB Rafizi Ramli melalui NGO beliau INVOKE yang boleh menggembirakan PH. Tetapi rata-rata kepimpinan tertinggi PKR mengakui kajian IDE itu dan mengiktiraf dapatan dari IDE. Jika tidak, mengapa sampai begitu bersungguh-sungguh pihak tertentu mahu berunding dengan PAS agar jangan sampai bertembung tiga penjuru. 



7. Apa yang menghairankan, ketika PAS disisihkan dan diburukkan dari politik negara, ada pula pihak yang terhegeh-hegeh mahu berbincang dengan PAS. Lebih menghairankan apabila ada pula parti yang berbalah dan bergaduh hanya kerana sikap mereka terhadap PAS. Suatu ketika memburukkan PAS dengan pelbagai tuduhan, satu masa yang lain terlalu mengharapkan PAS. Ketika tangan kiri melempar batu kepada PAS, tangan kanan pula sibuk mahu berjabat tangan dengan PAS. 



8. Hakikat sebenarnya tidak sukar untuk bersahabat dan bekerjasama dengan PAS. Politik PAS adalah politik lurus, jujur, benar dan amanah, dan sikap PAS adalah politik matang dan sejahtera. PAS tidak sesekali mengamalkan politik berbelit dan menipu. Islam adalah slogan dan matlamat perjuangan PAS, dan PAS boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sanggup mengangkat dasar perjuangan ini. Namun jika Islam itu boleh dijual beli, boleh dicagar dan direndahkan, diketepikan, minta maaflah, merayu bagaimana sekalipun, PAS tidak akan sudi. 



9. Membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan PAS mesti diiringi dengan diplomasi yang mudah – iaitu hormati dasar perjuangan PAS, hormati pemimpin-pemimpin PAS, bersikap jujur dalam berpolitik dan amalkan politik secara Islam. Selain itu, segala perkara boleh di bawa berbincang kerana PAS tidak pernah tamakkan kerusi, apatah lagi gila merebut kuasa ke Putrajaya!


DR RIDUAN MOHD NOR Ahli jawatankuasa PAS Pusat


Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA