Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 8, 2017

RAFIZI - AZWAN - MARAH n RASUAH

Khairul-Azwan-Harun-rafizi-ramli-gavel-court-mara-logo
Pemimpin Pemuda Umno perlu menjelaskan hubungannya dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga Mara di Australia, selepas mahkamah memutuskan saman fitnah terhadap Rafizi tiada merit.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kini perlu menjelaskan hubungannya dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia, selepas mahkamah menolak rayuan Khairul 30 Ogos lalu, kata Rafizi Ramli.
“Khairul sudah kalah 2 kali berturut-turut,” kata naib presiden PKR itu pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
“Khairul sendiri setelah mahkamah bersetuju bahawa kenyataan saya bersifat berkepentingan awam dan bukannnya fitnah.”
Khairul memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi pada 30 Julai 2015, selepas naib presiden PKR itu mendakwa Khairul mempunyai hubungan dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga hartanah Mara di Australia.
Beliau membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Rafizi 20 Oktober tahun lepas.
Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel 3 hakim, bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan rayuan Khairul tiada merit.
“Dalam kenyataan asal saya, saya sebenarnya menuntut pimpinan Pemuda Umno yang dinamakan atau ada kaitan perniagaan dengan individu yang dinamakan sebagai dalang kepada urusniaga yang menipu Mara itu tampil memberi penjelasan,” kata Rafizi hari ini.
Dua tahun lalu, Rafizi mendakwa Mara terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian 4 aset di Melbourne. Empat hartanah itu ialah Dudley House, Dudley Street; 333, Exhibition Street; 51, Queen Street; dan 746, Swanston Street.
Menurut Rafizi, Khairul merupakan rakan kongsi perniagaan dengan individu tertentu yang dikaitkan dengan penerimaan komisen hasil dari penjualan bangunan kepada Mara pada harga yang berlipat ganda.
Rafizi turut menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengumumkan tindakan yang akan diambil terhadap individu Pemuda Umno yang “tidak pernah sekali pun menafikan keterlibatan beliau di dalam skandal Mara”.
“Sudah sampai masanya Khairy Jamaluddin dan Khairul menyatakan apakah tindakan yang diambil,” kata Rafizi.
Sementara itu, Rafizi, yang terkenal dengan siri pendedahan dan pendakwaan, berkata beliau akan kembali fokus kepad Mara.
“Saya juga mahu umumkan akan menumpukan kembali prestasi dan kedudukan semasa Mara bersempena pelantikan Datuk Awang Adek Hussin sebagai pengerusi Mara yang baharu,” katanya.
Awang Adek menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat memegang jawatan itu sejak 10 Ogos lepas. Beliau mula bertugas semalam.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA