Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 14, 2017

SIAPA NAK BAYAR KOS ECRL - DR JOMO


KUALA LUMPUR 13 Ogos, 2017 – Pembayar cukai Malaysia sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh Putrajaya untuk membayar sebuah syarikat China bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata pakar ekonomi terkemuka Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dalam ulasannya.
Katanya pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama ECRL, dengan Malaysia mendapat hanya sedikit pinjaman.
“ECRL akan dibiaya oleh Exim Bank milik China, dengan kerajaan Malaysia iaitu pembayar cukai sebagai penjamin. Jadi, risiko dan liabiliti akan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia,” tulisnya dalam satu komen di Free Malaysia Today.
Malaysia akan menanggung segala risiko dan menyelesaikan hutang terbabit bersama bunga dalam tempoh dua dekad, sama ada projek ECRL bernilai RM55 ribu juta itu menguntungkan atau tidak, katanya.
Beliau turut meragui jika terdapat penumpang dan muatan yang mencukupi untuk menyokong laluan rel berkelajuan tinggi.
“Justifikasi ECRL adalah ia akan membawa hampir 60 juta tan muatan setiap tahun menjelang 2035. Ini adalah luar biasa sedangkan KTM hanya membawa kira-kira enam juta tan setahun dengan rangkaian seluruhnya di seluruh negara.
“Jika lonjakan besar dalam jumlah kargo yang diunjurkan tidak menjadi kenyataan, projek itu akan kehilangan lebih banyak lagi, bermaksud pembayar cukai untuk generasi seterusnya perlu lebih banyak membayar hutang projek ECRL.
“Kargo jenis apa yang memerlukan sambungan pengangkutan berkelajuan tinggi yang mahal? Dan kereta api berkelajuan tinggi di dunia mana yang merangsang begitu banyak perniagaan dan pekerjaan di semua bandar yang akan dilalui pada kelajuan demikian, seperti yang dikemukakan?” tulis Jomo.
Malaysia dan China merasmikan projek ECRL pada Rabu yang akan menghubungkan Wakaf Baru berdekatan sempadan Thailand di Kelantan dengan Pelabuhan Klang di pantai barat melalui Kunatan. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif infrastruktur ‘One Belt, One Road’ dari China yang bertujuan memperluaskan kesan ekonomi dan perdagangannya di rantau ini.
Jomo berkata, beliau bukan menentang kerjasama dengan China dan mengalu-alukan inisiatif Belt and Road. Syarikat-syarikat China memenangi kontrak dalam tender terbuka di seluruh dunia di atas rekod mengagumkan dan banyak negara membangun yang miskin menghargai tawaran kredit jangka panjang atas terma konsesi yang diberikan China, katanya.
Namun Jomo menegaskan hutang luar negara terkini kerajaan Malaysia dan pembentukan ‘liabiliti kontinjen’ harus menjadi kebimbangan kerana semua rakyat Malaysia kini adalah pembayar cukai berikutan pengenalan GST.
“Malaysia sepatutnya mendapat pengajaran selepas penarafan kredit terkini selepas 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) gagal membayar ansuran pertama sebanyak AS$ 603 juta (RM2.6 bilion) disebabkan hutang IPIC,” katanya. – Source The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA