Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 28, 2017

PKR - KONGRES DIPEERLUKAN


 Lateefa Koya hentam Rafizi hanya kerana Rafizi bercakap tentang Kongres Khas Keadilan. Sebagai seorang peguam yg hebat, mustahil Lateefa Koya tak tau bahawa Kongres Khas itu ada termaktub dlm Perlembagaan Keadilan dengan syarat2 tertentu yg Rafizi pun dah huraikan.

Sebagai seorang peguam, jangan jatuhkan imej sebagai seorang profesional bila mana beliau bermain dgn isu peribadi Rafizi. Kenapa nak kaitkan dgn pemberhentian Rafizi dari kerjayanya dulu? Kenapa nak kaitkan dgn sumbangan orang ramai kepada INVOKE? Apa yang sakit sangat dihati Lateefa Koya? Rafizi pernah minta duit dengan kamukah? Apa salah Rafizi? Dia bukan tidur serumah dgn orang yg bukan muhrimnya.

Di dalam Islam, apabila berlaku persengketaan dan perselisihan, kita rujuk kpd Al-Quran dan Hadis. 

Di dalam parti, jika berlaku perbezaan dan perselisihan walaupun bukan persengketaan, kita rujuk kpd Perlembagaan parti. Ini yg cuba diusahakan oleh Rafizi Ramli . Perlembagaan membenarkan Kongres Khas dengan beberapa syarat tertentu. Soal samada Kongres Khas ini dibenarkan untuk dilaksanakan atau tidak, itu soal lain. Benarkan hak ahli untuk implimentasikan apa yg ada dlm Perlembagaan parti sekiranya memenuhi syarat2 yg dibenarkan.

Apakah ini satu kesalahan kepada Rafizi atau sesiapa pun yang mahu berusaha melakukannya? Bukankah itu juga satu saluran parti? Apakah kita lebih suka ahli2 atau mana2 pemimpin bersuara dan bertindak di luar saluran parti?

Kongres Khas bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana2 pemimpin. Kongres Khas tidak seperti surat layang atau memorandum sulit untuk menjatuhkan seseorang. Maudhuk Kongres Khas ini hanyalah untuk memuktamadkan keputusan parti hasil dari kehendak majoriti ahli2 parti samada perlu atau tidak kita terus "memujuk, mengajak ataupun melutut' kepada parti Pas walaupun sudah jelas dan nyata tidak ada seorang pun setakat ini dari pimpinan Pas yang bersetuju untuk berunding dengan Keadilan. Malahan yg ada adalah kenyataan sebaliknya.

Berunding mestilah berlaku di antara dua pihak atau lebih. Masalahnya sekarang, kita mahu berunding dengan siapa? Siapa yg bersetuju untuk berunding dengan kita? Tidak masuk akal untuk kita memaksa pihak lain berunding dengan kita. Tidakkah kita sedar kita sudah terlalu lama bertepuk sebelah tangan. Ya, Anwar mahu rundingan. Kita telah cuba sedaya upaya bertahun lamanya. Anwar tidak minta kita paksa Pas agar terima rundingan. Kita telah ikut arahan Anwar. Pemimpin mereka juga wala' dengan Hadi. Apa lagi yang mampu kita boleh buat? 

Atas sebab itulah aku menyokong agar parti menimbangkan agar diadakan Kongres Khas. Izinkan kami di bawah ini untuk ambil bahagian bagi menyelesaikan kemelut yg berlaku sekarang. Tolonglah jangan kaitkan dengan benda2 yg tiada kaitan dengan isu sebenar. Ini bukan isu peribadi Rafizi atau sesiapa pun. Kalau setakat isu peribadi, buang masa, duit dan tenaga sahaja untuk adakan Kongres ini.

WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA