Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 17, 2017

PCM SERTAI GAGASAN SEJAHTERA LAWAN DAP




PARTI CINTA MALAYSIA SERTAI GAGASAN SEJAHTERA? AKAN BERTANDING DI SEMUA KERUSI DAP?
14 Mei, 2017
1. Kita semua tahu bahawa PAS adalah diantara sebuah parti yang lama selain UMNO, kewujudan PAS didalam landskap politik Malaysia boleh dianggap mereka sebuah parti yang matang dan mempunyai kekuatan politik tersendiri.*
2. Kekuatan PAS terbukti apabila mereka mampu mengekalkan negeri Kelantan sehingga ke hari ini dibawah pentabiran PAS yang terbukti mampu mentabir negeri dengan mengikut acuan sendiri.
3. Kita semua sedia maklum dengan kerja kerja kerakusan DAP di Negeri Pulau Pinang dan Pemimpin Utamanya juga telah didakwa di Mahkamah sedangkan kalau di banding dengan DAP, PAS adalah sebuah Parti yang jauh lebih bersih tiada masalah Rasuah dikalangan pemimpin nya.
4. Selain itu PAS jugak antara parti yang mempunyai kemampuan jentera parti yang baik apabila tiba setiap kali musim PRU atau PRK, tanpa PAS pakatan umpama patah kaki sebelah dan ini terbukti serta kita dapat lihat dengan jelas dalam perkembangan setahun dua ini.
5. PAS sememangnya sebuah parti islam dan PAS jika tidak bercakap dan memperjuangkanya apa yang PAS hendak perjuangkan kerana ianya adalah asas penubuhan PAS namun PAS tidak tertutup untuk kerjasama dengan mana-mana parti lain yang berbilang bangsa ini terbukti dengan adanya kelab penyokong PAS yang terdiri daripada bukan islam, hari ini PAS cuma mempertahankan perjuangan parti mereka dan kita harus menghormati objektif itu.
6. Yang bermasalah adalah DAP yang tidak mampu menghormati PAS dengan baik dan mereka mahu PAS ikut terlunjuk DAP dan itu tidak mungkin terjadi kerana PAS mampu berdiri diatas kaki sendiri, jadi kerjasama yang baik hendak lah dijalinkan atas rasa hormat menghormati yang tinggi terhadap fundamental parti masing-masing.
7. PCM tidak seperti DAP yang suka ambil kesempatan terhadap sesiapa sahaja, PCM adalah sebuah parti bebas yang tidak terlibat dalam mana – mana perikatan mahupun gabungan parti politik dan PCM terbentuk atas dasar cintakan negara kita Malaysia yang aman dan makmur seperti hari ini dan PCM menghormati perjuangan PAS.
8. Jadi kenapa PCM tidak boleh bekerjasama dengan PAS?. Sudah pasti PCM boleh kerana kami ada rasa hormat menghormati pada asas perjuangan parti masing-masing, malah PCM dan PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh memberi kelebihan kepada kedua – dua pihak.
9. Sementara itu PCM dan PAS berkongsi musuh yang sama iaitu DAP malah sebenarnya sikap DAP yang rasis chauvinis dengan jelas dan terang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
10. Sesuatu yang pasti PCM tidak bersikap hipokrit seperti DAP.

Justeru itu kami PCM tidak keberatan untuk menjadi sahabat baik kepada PAS bagi memperjuangkan kebenaran dan membina sebuah negara yang sejahtera. Maka satu gabungan antara “Multi Racial Party” iaitu PCM bersama PAS “Islamic Party” adalah sesuai
Datuk Huan Cheng Guan

Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

1 comment:

  1. Halo
    Saya Aliciana Castelo seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan pinjaman peluang hayat. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah ia ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman hipotek? Tidak perhatikan lagi, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami meminjam wang dari orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan sebesar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan bermanfaat dan kami bersedia menawarkan pinjaman kepada anda.

    Hantarkan e-mel kepada kami: (alicianacastelo@gmail.com) Terima kasih

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA