Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 29, 2017

NAZRIN - NAJIB MENGECEWALAN TUN RAZAK

MAJLIS pelancaran buku tentang Tun Abdul Razak hari ini sepatutnya jadi acara mengenang 40 tahun pemergian beliau, sebaliknya ia jadi tempat bercermin diri melihat sejauh mana Malaysia sudah berubah daripada cita-cita dan nilai budi yang ditinggalkan oleh perdana menteri kedua itu.
Dan sekiranya Tun Abdul Razak masih hidup, perdana menteri Malaysia kedua itu pasti akan “kecewa dan ralat” melihat keadaan yang sedang berlaku dalam negara sekarang, titah Sultan Nazrin Shah.
Baginda menyenaraikan empat perkara yang akan mengecewakan Tun Abdul Razak, menyentuh soal perpaduan rakyat, pendidikan, ekonomi dan moral.
“Tun Abdul Razak, andai kata masih bernafas, pastinya pada hari ini akan kecewa dan ralat melihat empat senario yang sedang berlaku di dalam negara,” titah baginda pada majlis pelancaran buku Fulfilling a Legacy: Tun Razak Foundation di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Merujuk kepada wawasan Tun Abdul Razak bahawa masa depan negara ini bergantung pada satu perkara iaitu perpaduan rakyat berbilang kaum, Sultan Nazrin bertitah ia sedang dirosakkan oleh oleh pemimpin politik.
“Sedangkan dalam keghairahan mahu mendapat sokongan, parti-parti politik pada masa ini, semakin cenderung memilih untuk menyalakan bara-bara sensasi isu agama dan isu kaum,” titah baginda.
Tun Abdul Razak juga, titah baginda, pasti kecewa dan ralat melihat bagaimana Dasar Pelajaran Kebangsaan gagal menjadikan sekolah sebagai “taman asuhan menyatupadukan warga”.
“Generasi muda daripada pelbagai kaum pada hari ini, yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain, di sebaliknya mereka membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing.
Ketiga, Tun Abdul Razak akan kecewa melihat penyelewengan pembahagian kekayaan sehingga berlakunya ketirisan besar-besaran pegangan ekonomi bumiputera yang menyebabkan kaum bukan bumiputera menyifatkan Dasar Ekonomi Baru diskriminatif, malah mencetuskan kemarahan dalam kalangan bumiputera sendiri.
Dan yang keempat, titah baginda, Tun Abdul Razak akan kecewa dan ralat melihatkan amalan rasuah dan tahap integriti di Malaysia pada hari ini.
“Akan luluhlah hati Tun Abdul Razak, mengikuti pendedahan demi  pendedahan, tangkapan demi tangkapan kerana perbuatan rasuah yang berlaku secara besar-besaran, melibatkan penjawat tinggi dan individu terpelajar, dengan amaun yang banyak, yang amat mencalar nama baik negara bangsa,” titah baginda.
Sultan Nazrin turut mengimbau lima legasi tersurat tinggalan perdana menteri kedua itu serta menyebut dua legasi Allahyarham yang tersirat.
“Tun Abdul Razak berada di kerusi perdana menteri selama 1,941 hari; satu tempoh masa yang tidak lama, namun telah meninggalkan kesan berkekalan dalam minda warga, dan kekal terpahat dalam sejarah negara,” titah baginda.
Lima legasi itu termasuk mengembalikan demokrasi selepas tragedi berdarah 13 Mei, menstruktur ekonomi dan sosial melalui pendekatan “membandarkan kawasan desa” dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan melalui penubuhan sekolah berasrama, maktab, kolej dan universiti.
Dua legasi Tun Abdul Razak yang tersirat, “yang mencerminkan nilai-nilai keinsanan dan roh Islam yang amat wajib diselami dan dihayati” pula ialah tidak tamak kepada kuasa serta amanah dan jujur, melalui pentadbiran yang telus dan berintegriti.
Titah Sultan Nazrin, sifat-sifat amanah, jujur dan telus itu mencerminkan sifat seseorang yang tinggi imannya serta menyedari tanggungjawab di sisi Allah.
“Semoga wawasan dan nilai-nilai murni Tun Abdul Razak dikunjungi semula, dihayati, dihidupkan dan disemarakkan dalam minda dan jiwa setiap warga Malaysia,” titah baginda.

Tun Abdul Razak jadi perdana menteri pada 22 September 1970, lebih kurang 10 bulan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Allahyarhan meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 akibat leukemia. Umurnya ketika itu 53 tahun. – 29 Ogos, 2017.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, ada juga sultan yang mahu berkata benar dalam perkara yang kadangkala "ORANG ALIM" pun kecut perut. Syabas, Tuanku Sultan Nazrin. Orang yang mengakui tahu hukum hakam dan yang sepatutnya "berani mati kerana menegakkan kebenaran" sila ambil maklum. Jangan seronok sangat dengan habuan dunia. Malulah sedikit kepada jubah dan serban tu.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA